Sunday, 5 February 2017

SUAMIKU BEKAS PEMANDU UBER



Tajuk bukanlah TELENOVELA.

Semalam tengahari, dari tempat memotong rumput, penulis terus berlarian ke pusat servis Perodua Taman Cendana. Ini adalah servis pertama kereta baharu cikMaiBee. Meter pun hampir capai 2000 km. Sebenarnya penulis masih fobia untuk menghantar kereta servis disini kerana kejadian yang berlaku pada cikBibah pepel beberapa tahun yang lepas. Tapi pusat servis ini adalah satu-satunya yang dibuka pada hujung minggu.

Olehkerana pembelian cikMaiBee tiada promosi servis, siang-siang lagi apek pomen tu sudah beritahu bahawa kos penyelenggaraan adalah RM188. Aiyah. Ingatkan ada servis percuma tiga kali.

Sementara tunggu cikMaiBee diservis selama sejam, penulis pun memanggil kereta Uber untuk ke pekan koboi Masai. Bila dapat, Uber apps memberitahu pemandu akan tiba 15 minit lagi kerana pemandu terdekat sedang berada di Tanjung Puteri. Penulis tak kisah. Tapi bila pemandu itu, bro Malim (bukan nama sebenar), telefon penulis memberitahu akan tunggu di stesen Petron diseberang jalan saja untuk mengguna mesin ATM. Tetapi setelah beberapa lama menunggu berbaris di mesin ATM dibelakang 5 orang, penulis terpaksa batalkan kerana lambat. Bila keluar saja dari kedai Petron, pemandu Uber barulah tiba dengan kereta Persona. Didalam kereta, bro Malim agak peramah orangnya dan kami berbual-bual sehingga ke destinasi di depan pejabat pos Masai. "Sekarang saya keje di Johor Port lah wak, ni keje part time saja," katanya. "Uber lebih baik berbanding Grab walaupun tambang Grab lebih mahal. Penumpang Uber tak putus2 ya wak, tapi kalau dapat penumpang Grab memey lebih lumayan dan hebat," bro Malim beriya2 bercerita.

Usai membeli barang2 di kedai Sukan dan kotak catur untuk anak lanang penulis, penulis memanggil kereta Uber sekali lagi untuk pulang ke bengkel Perodua tadi. Pada mulanya penulis lihat dalam apps, pemandu akan tiba dalam masa 5 minit. Bila pemandu telefon, penulis cadangkan supaya menunggu di pejabat pos Masai ditepi jalan besar, tetapi JASMEN (bukan nama sebenar) beritahu akan ikut gps. Lantaklah kau minah. Tetapi beberapa minit kemudian penulis lihat ketibaan pemandu menjadi 9 minit. Mungkin pemandu tersesat jalan agaknya. Penulis tak kisah dan tunggu sahaja. Bila hampir tiba, Jasme telefon, "saya kat depan pejabat pos nih, wak dimana?" Aiyah, bukankah tadi penulis sudah menawarkan diri untuk tunggu didepan pejabat pos itu? Didalam kereta, kami tidak berbual pada mulanya. Selepas 6 minit, penulis cuba memecah ais dan Jasmen membalas berbual dengan ramah juga. Olehkerana kereta Proton Saga FLX plat KL yang diguna, Jasmen memandu di JB kerana beliau kerja di Singapura. "Sekarang saya drive part time lah Wak," katanya. Penulis saja bernada pelik dan sinis kerana kerja di Singapura mestilah pendapatan yang agak lumayan. "Sekarang semua mahu dibayarlah wak, hutang piutang saya," keluhnya lagi.

Kedua-dua pemandu Uber telah penulis berikan 5 bintang. Semoga mereka terus maju jaya memandu dan hati-hati dijalanraya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



9 comments:

  1. Hampir semua orang cakap tak cukup wang. Kena fikir balik apa yang relevan dan tidak bila berbelanja.

    ReplyDelete
  2. Moga Allah permudahkan urusan mencari rezeki untuk kita semua.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Semua org keja part time utk byr utang n sara hidup. Keja lebih bkn utk hidup mewah.

    ReplyDelete
  5. Rezeki datang dari pelbagai sumber.
    Asalkan kita berusaha, dan melakukan kerja2 yang halal.

    ReplyDelete
  6. wah kemain wak duduk belakang ek, saya yang passenger setia Grab ni duduk depan tau. huahauhaua

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikkak Lily ye, org ade2 je dok depan sebelah driver.. wak ni org biase2 aje kene dok blkg., hehe2 kanns

      Delete
  7. Oh! sekarang Mrs. A dah faham kenapa suatu waktu dahulu viral kisah driver cab/teksi marah dengan uber.

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly