Thursday, 9 February 2017

THE 5 BIGGEST CHALLENGES THE GLOBAL ECONOMY FACES IN 2017

"Ada yg lagi susah."

Sekarang zaman kegawatan ekonomi. Terutama dalam bidang minyak dan gas. Ada rakan penulis yang sudah lebih setahun tanam anggur. Ada yang empat bulan bekerja tapi tidak mendapat gaji sepatutnya. Bila penulis menyarankan agar beliau mengadu ke jabatan buruh. Beliau berkata dalam bahasa wassap, "Dh, tapi tak dilayan." Biar betik, jawab penulis, mungkin kena tunjuk bulu (kaki) agaknya. "Gaji 2k bawah je boleh report wak," keluh beliau lagi. Untunglah pekerja bawahan gaji rm2k, sudahlah mendapat bantuan BR1M yang lumayan.

Cerita lalat lain. Akhirnya penulis mempunyai kewibawaan dan berjaya menonton wayang Deepwater Horizon yang sudah lama penulis salin dan pendam didalam cakera keras. Cerita bersandarkan kisah benar sebuah pelantar minyak yang menemui nahas kemalangan dan terbakar kerana kesilapan klien yang kedekut. Sesuai ditonton untuk sesiapa yang berminat bekerja dipelantar minyak dengan gaji lumayan seperti offshore engineer dsb.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


6 comments:

  1. Mana ada untung nya wak gaji bawah 2K tu....BRIM pun bukan dapat selepuk walaupun katanya lumayan.

    ReplyDelete
  2. Dah gawat macam ini pun mereka masih menafikan Wak.

    Kesian rakyat marhaen macam kita-kita ni

    ReplyDelete
  3. kalau macam tu baik tak payah ada pejabat buruh

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tempat keje saya ni teruk-teruk pun gaji on time

    ReplyDelete
  5. kena tngkkan anak buah cerita Deepwater Horizon.Dia mcm bminat nak keja d bhgin plntr mnyk ni

    ReplyDelete
  6. Kesian bila fikirkan pasal ekonomi ni... kita rasa susah.. ada yang lagi susah... 😢

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat