ALHAMDULILLAH, hari ini 21 Jun 2015 pada pukul 7.26 petang sebelum waktu berbuka puasa di Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya, penulis sempat lagi merakamkan gambiran fenomena matahari tenggelam paling utara pada tahun 2015 ini. Selepas ini, matahari akan mula bergerak keselatan dan dari beranda rumah merpati penulis yang ini, matahari akan kelihatan bergerak dan tenggelam ke sebelah kiri KLCC pula.
Umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa di England pada musim panas tahun ini akan lebih mencabar, terutama kerana waktu siangnya lebih lama (sekitar 18 jam) berbanding di Masai (kurang lebih 13 jam) setiap hari. Bagaimana pula umat Islam di Kutub Utara? Adakah mereka akan terus berpuasa selama sebulan penuh tanpa makan dan minum kerana matahari tidak akan tenggelam? Wallahualam.
Nota lalat. Oleh kerana fenomena pergerakan bumi diatas paksinya ini, maka ada satu lagi fenomena dimana matahari akan berada tepat diatas bangunan Kaabah, iaitu pada 28 Mei (5.16 pm) dan 16 Julai (5.28pm) setiap tahun. Pada kedua-dua tarikh ini, kita boleh memperbetulkan arah kiblat kita dengan bersolat menghadap kedudukan matahari.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
The sunsets composite photo of each month of several years from my balcony. Although the years are different, but the sun positions on the sky on the day of the year are the same. |
Source: www.graduationsource.com/blog/ |
Salam Ramadhan & selamat berpuasa..
ReplyDeleteCantiknya gambar..senja nan oren :)
Beautiful sunset..
ReplyDeletesubhanallah
ReplyDeletedugaan masing2... bersyukur kita kt malaysia nih masa puasa tak pnh lebih dr 13jam sehari...
ReplyDeleteitu pun skrg ni musim pns kite dh mengeluh kan....
Renung-renungkan.
ReplyDeleteSyukur kita duk malaysia.
ReplyDeleteSubhanallah cantiknya..setiap kejadian Allah ada hikmahnya
ReplyDeletepemandangan senja yg indah ... subhanallah .
ReplyDeleteSalam Ramadhan 3L....
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsiannya. Belum pernah try check kedudukan Kiblat pun selama ni harapkan kompas jer hihii
Kalau sampai 18 jam, memang mencabar sungguh tu....
selamat berpuasa.
ReplyDeletekawan di denmark berpuasa 21jam sehari. katanya, denmark adalah negara yang paling panjang waktu berpuasanya tahun ni
looks like the sun is moving around
ReplyDeleteuncle tom, actually the fact is not, we are the one who is moving around the sun., ;p
Delete