"Burung pulang petang," AEON Permas Jaya |
MINGGU kelmarin masa dalam bas, penulis terjumpa satu blog yang penulis blog itu pernah tinggal di Amerika (2000) selama 10 tahun, akhirnya ditangkap (2010) ditahan dipusat tahanan Buffalo dan dihantar pulang ke tanahair. Sekarang beliau menanam kacang saja di kampungnya di Pahang (2015). Kisah terkini beliau sedang menguruskan projek rumah peranginan di Cherating. Itu semua ada dalam blog dan FB beliau:
Kisah terkini (2015) bersambung di sini : Keeping The Dream Alive
Kisah 2010 di pusat tahanan Buffalo: Kisah Seorang Banduan
Kisah semasa aku di US (2000-2010) : Dendam Perantau
Twitter: https://twitter.com/A_Changed_Man
Facebook: A Changed Man
Updated: 21 Oct 2018, blog Keeping The Dream Alive (abangtam) sudah 8 bulan aktif semula. Demm.Walaupun blogger (abangtam) itu telah lama menulis dalam blognya, hanya minggu lepas penulis baru mengetahui dan kagum dengan kegigihan dan kecekalan beliau mengharungi hidup diperantauan dan ditangkap polis (pihak imigresen). Blog yang berbentuk diari harian yang sungguh terperinci dan membacanya seperti kita berada ditempat beliau di New York dan juga didalam tahanan di Amerika.
joe bangla in NY |
Dan setakat hari ini, penulis masih belum dapat menamatkan pembacaan blog beliau kerana terlalu banyaknya entri-entri yang terkebelakang. Satu lagi yang penulis perhatikan, bila membaca blog beliau, mata penulis akan berpinau apabila melihat tetingkap warna putih yang lain disebabkan blog beliau ditulis dengan tulisan putih berlatarbelakangkan warna hitam. Penulis agak mesti penulis blog tersebut pernah belajar matapelajaran 'psychology'.
Dan rentetan dari kisah beliau ditahan di US, penulis telah sengaja menonton beberapa wayang (baca: youtube full movie) yang berkaitan tentang pati (baca: bangla, illegal immigrant) yang penulis jumpa dan layan seperti 'A better life', dan 'Frozen River', dan 'The Visitor'. Abangtam juga mengesyorkan 'Film the
Updated. 4/9/15. Jumaat. Penulis masih membaca blog beliau setiap hari. Sekarang ini penulis sudah tiba entri beliau bekerja di kedai cuci pakaian (laundry) selepas berhenti kerja di KFC. Entri beliau bekerja di Florida pula penuis belum berjumpa.
Updated. 14/9/15. Penulis masih membaca blog beliau. Dan baru terjumpa cerita beliau di Kosmo Ahad di SINI dan mirror. Satu lagi, penulis bila buka blog beliau, Keeping The Dream Alive, dan setiap kali baca entri terbaru akan kedengaran lagu Deep Purple, Soldier of Fortune. Kebetulan (persamaan?), penulis dulu pun pernah letak lagu (youtube) autoplay juga dalam blog yang lama. Sekarang pun penulis suka mendengarnya.
Updated. 16/11/15. Penulis dah lama tak membaca blog beliau. Cuma bila kadang2 teringat, penulis pun punya citarasa yang sama tentang lagu video yg ada dalam blog itu - 'Soldier of Fortune - Deep Purple'. Kebetulan saja kan?
Updated. 6/12/15. Blog Keeping The Dream Alive telah ditutup. Laman peribadi FB beliau pun telah ditidakaktifkan.
Nota lain lalat. Pasal gambar Aeon diatas, penulis singgah untuk jamuan malam di Sushi King bersama kaum kerabat saja. Penulis pesan untuk pertama kalinya Mixed Bento (deep fried salmon and chicken with spicy sauce and mayonnaise served with edamame salad, crabstick and fried fish cake. RM14.90, 1035 kcal).
Blog bukanlah hakmilik kekal.
blog yg sgt menarik ni...kak mmg suka membaca mengenai pengalaman hidup individu dgn pelbagai latar ceritanya...
ReplyDeletehehe, tetibe je mak kakPah nih taip huruf kecik, selalu CAPSLOCK mcm marah sajeeew ;p
Deleteape kisah blogger tu sampai kene tangkap imigresen, sbb masuk negara org secara tidak sah ke? lame tu kene tahan... nnt nak terjah blog dia la...
ReplyDeleteKisah seorang anak muda melayu yang tinggal bertahun tahun di New York secara haram walau pun masuk ke US secara sah dengan tujuan untuk belajar, tapi setelah abangtam (nama pemuda tu ) hilang duit dan segalanya kerana dicuri. beliau memilih untuk tinggal secara tidak sah di US..,
Deletegi la baca, spt membaca novel pengembaraan gituu
jup lagi terjah blog abg tam...
ReplyDeletehehe2, terjah jgn tak terjah mak, nnti mak yan jgn lupa dtg balik blog wak yg biasa2 aje nih yee., ;p
Deletewajib terjah ni!
ReplyDeletekalo dh terjah nnti jangan lupa cik kak datang BALIK sini yee .., kehh
Deletemacam menarik aje cite yang diceritakan ni
ReplyDeletenak kena terjah baru boleh kenal orang yang dimaksudkan
dah lama popular abangtam nih mak, cuma wak je yg baru kenal sbb terjumpa je., ;p
DeleteAdeihhhh Wak,
ReplyDeleteTerasa jugak ni.
K.Sham pun guna background hitam tulisan kaler putih..
blog kak sham ada byk gmbr makanan takper., kehkeh2
Deletesat gi memang nak terjah . memang suka membaca biografi ...
ReplyDeletennti jgn lupe dtg BALIK sini ye mak Vee ., hehe2
DeleteHmmmm.... patut lah asyik tersedak jer harinih
ReplyDeletehihi, terharu blogger hebat abgtam sudi singgah2 jenguk2 komen2 blog wak yg takde ape2 nih., ;p
Deleteps. bila nak ngeteh bgtam? kat key ell sudahh
This comment has been removed by a blog administrator.
Deletesalam abg tam.. saya peminat setia dlm penulisan abg tam.... lama saya mencari mana abgtam skang.. walaupun saya tahu abg tam dah balik pahang... moga abg sihat2 hendaknya.... kisah abg sangat2 menjadi inspirasi tuk saya.....
Deleteskang ni abg tam masih active menulis ker? apa blog terbaru abg tam? kalau tak keberatan boleh inbox saya fb/ig/blog terbaru abg?
moga abg sihat2 hendaknya...
**pembaca setia #dendamperantau dan #kisahseorgbanduan
menarik tu..mak pun nak gi terjah jugak la..
ReplyDeleteIni kena singgah ni....dari catatan pengalaman orang lain, macam-macam yang kita boleh pelajari :)
ReplyDeletesebuk menyiram kacang !!! kamon Wak !! jgn buat org gelak tngh bace serious2 ni..
ReplyDeletetapi CT nak bookmark blog dia.. menarik okaaay pengalaman dia..
ReplyDeleteTerima kasih 3lalat kerana sharekan blog abangtam tu.
ReplyDeleteMrs. A dah terjah, samalah kita berpinau mata bila baca lama-lama tapi nak gak baca ngeh!ngeh!ngeh!
x boleh jadi ni semua nj terjah
ReplyDeleteSaya kenal sangat penulis tu
ReplyDeletetuan tanah (3lalat) mcm mana nak request permission tuk baca blog sambungan abg tam tu
ReplyDelete"Kisah terkini (2015) bersambung di sini : Keeping The Dream Alive"
abg tam dh block semua contact., wak x dpt nk tolong., he refused to be popular katanya., wallahualam
DeleteThis comment has been removed by the author.
Delete