Thursday, 9 July 2015
MENATE MU AZMAN ALI
TAJUK hanyalah propa penulis. Sila abaikan saja.
PERTAMA kali mata penulis tertancap pada papantanda kedai makan restoran Me'nate Steak Hub di Ampang Jaya itu, yang penulis akan limpas setiap hari pulang selepas tugas memotong rumput, menjadikan penulis terkejut juga. Sebutan nama kedai penuh makian untuk orang yang tahu apa maksud 'menate' itu. Pada mulanya juga penulis menyangka pemilik restoran ialah rakyat jelata orang biasa biasa dari Kelantan. Dan restoran itu menghidangkan nasi tempatan negeri seperti nasi kerabu dan nasi dagang saja. Tapi sungguh tidaklah penulis jangka, buah cempedak pun dah jadi nangka, bahawa kedai Me'nate Steak Hub ini menjual juadah daging panggang (baca: steak) rupanya. Bukan daging panggang biasa biasa ya, tapi daging import berkualiti tinggi dari luar negara. Tapi dek kerana nama itulah penulis telah beberapa kali (adalah 2 kali) menjamah steak yang ada disitu. Salah satu keunikan restoran ini ialah, kiraan harga pada menu ialah setiap sehatus gram ya. Boleh koyak rabak poket seluar ya ketika hendak membayar dikaunter. Dan minuman air adalah free flow, maksudnya boleh ditambah berkali-kali.
Tapi kelmarin penulis dikejutkan juga apabila ada berita sensasi dalam tweeter menjadi viral tentang artis diva Azman Ali (bukan nama sebenar) yang meroyan. Kawan-kawan boleh meng-google saja untuk mendapatkan maklumat gosip sensasi terkini berkenaan. Ayah Arka pun tersangatlah marah dengannya.
Berbalik kepada restoran daging panggang Me'nate Steak Hub ini, secara peribadinya penulis masih lebih gemar dengan restoran Ladas (bukan nama sebenar) di KLCC atau midvalley dan Stesen keretapi Victoria (pun bukan nama sebenar) Jalan Ampang kerana suasananya yang lebih nyaman, selesa, selamat, nikmat (baca: cosy, cozy).
Blog bukanlah hakmilik kekal.
18 comments:
Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.
Majulah Sukan Untuk Negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum Wak,
ReplyDeleteKut dah sampai koyak rabak poket nak membayar rega steak.. takpa la Wak.
Setakat daging goreng kunyit.. yang tu mampu la..
waalaikumsalam ,
Deletemakk, daging unta goreng kunyit satuuuu., huhu2
hihihi betul tu kak sham mampu makan daging goreng kunyit je ;p
Deletehehe, buka nnti minum ayaq kopi o limau ais memey best kann ;p
DeleteASSALAM...MEROYAN AZWAN ALI MEMPOPULARKKAN MENATE JUGA KAN...ADA KEBAIKANNYA TU...WAH DPT UPAH POTONG RUMPUT HABISKAN DI MENATE...LOADED HASILNYA TU..
ReplyDeletewassalam kak Pah ,
Deletexlah loaded manernye makk, carik makan kais pagi makan pagi jugakk., huhu2
camne lah rasanyer steaak situ maklum lah kite nih jarang2 mkn steak2 bagai nih.... lain lah tuan nyer blog nih...
ReplyDeletewes dhadi wong bandar heheheh
rasa steak kat situ mmgla sedap tak keras mcm batu ye makk, hihi2
Deletekat sini steak dia mahal kan?
ReplyDeletesteak yg mahal sbb daging import tuu, kalo daging lembu kampung murah biasa2 jeeer ;p
Deletemakan daging panggang sendiri je lah.. robak habis la klu makan situ ye wak.. lainlah wak kan.. haha.. Si AA tu buat benda baik apa, tolong promot free kat restoren tu.. HAHAHA..
ReplyDeletewahh untungla ada daging sendiri yg nak dipanggang., kihkih2 wak gurau2 je yeer ;p
Deleteasalamualaikum wak....yan dah tak boleh makan steak coz gigi geraham dah tak ada..huhu :-))
ReplyDeletewaalaikumsalam mak yan tuu,
Deletebole je blend steak tuu buat bubur lambuk ke ape., harhar2
menate mu ! sedap.. harga mahal ikut kualiti daging, kalau nak yg harga biasa biasa mampu milik pun ada
ReplyDeletesaya tengok ajelah! tak mampu nak makan tempat gini
ReplyDeletelagilah dengar poket boleh koyak rabak
takut =)
ni semua salah azwan ali :P kesian nama resto pun tak tahu
ReplyDeleteberapa harga 100 gram tu Wak...ni mesti nasi import dari Australia kan...pernah mkn di Seoul...Lamb Good...timbang ikut gram...mmg koyak rabak lah poket...lepas mkn nyesal
ReplyDelete