Wednesday, 23 December 2015
SAYANG SAYANG SAYANG
KELMARIN penulis telah berjaya mendaftarkan anak lanang bocah cilik penulis itu masuk darjah satu sekolah agama. Ada kekalutan dalam aturcara majlis Minggu Ukhuwah Sekolah (MUS). Mula-mula disuruh datang jam 7.30 untuk upacara majlis, perasmian, ceramah motivasi keibubapaan dan ikrar. Majlis dijangka selesai jam 10 pagi. Tapi jam 8pagi cikgu-cikgu baru terhegeh-hegeh hendak menyiapkan meja pendaftaran ibubapa, dan juga pentas penceramah. Dan bila jam 8.30pagi, pengacara majlis membuat pengumuman bahawa pendaftaran anak dan pembayaran yuran dibuat dahulu sebelum majlis bermula.
Dipendekkan cerita, majlis bermula jam 9.30 pagi, melayan ceramah Ustaz selama sejam dan pengenalan sekolah oleh guru berbadan besar selama sejam juga dan majlis tamat jam 11.45 pula. "Sabar sajerlah kanda," bilang isteri penulis melalui khidmat pesanan ringkasnya (baca: sms).
Cuma penulis rasa tergelak juga melayan penceramah motivasi Ustaz yang berjenaka bertanya pada para makcik bagaimana berkata sayang kepada suami yang tersayang dengan 15 kali perkataan sayang sambil menghitung mengguna jarinya.
Nota lalat. Ada beberapa perkara yang penulis tidak berapa puas hati juga. Pertama, pasal catuan air di bilik tandas murid-murid yang amat kotor. Kedua, faktor keselamatan dimana longkang kecil tidak ditutup dengan sempurna yang mengakibatkan ada kanak-kanak yang terjatuh kedalamnya. Dulupun pernah berlaku pada anak wedok disekolah yang sama.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
39 comments:
Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.
Majulah Sukan Untuk Negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nasib baik ade ceramah jugak. Sejuk sikit hati ye. Hiks
ReplyDelete4 jam kat dewan sekolah layan je mak., huhu2
DeleteAda lagi sibongsu nak sekolah ye Wak..
ReplyDeleteBiasa lah tu wak.. mana-mana majlis macam tu lah.. ada saja yg berubah..
Nak menguji kesabaran tu wak.. Bagus juga diselitkan ceramah..
Sayang sayang sayang..
iyela, bukan pestaim buat majlis ukhuwah sekolah camni, dah 5 tahun katanyer., takkan aturcara nak bayar yuran pon tertingal dari agenda? hrmmm
DeleteHaha
Delete.. tu lh pasal...
Biasalah tu, mungkin tahun ni yg incharge kurang pengalamannya. :)
Deletesayang sayang sayang cik abang kite..ehh..hehee..
ReplyDeletesayang saaayangg sayangg., hehe2 amvooii
DeleteIntonasi kena betul bila sebut sayang yg 15 kali ini wak baru ngam:)
ReplyDeletetular, ustaz tu sebut dgn intonasi dan mimik muka je buat org ketawa., hehe2
DeleteKak zakie.... demo skit plisss
DeleteHarap dorg buat post-mortem supaya xberulang d thn dpn. Kata 'hayya ala lfalah' kan. Haruslah ada improvement nanti.
ReplyDeleteSemua org dpt dgr ceramah free secara paksa rela. Hehe..
xdenyer post mortem., pibg pon xde., pengawal keselamatan pon xde jugak., huhu2
Deleteyang dalam gambar tu darjah 1 ?
ReplyDeletealhamdulillah..tinggi, sihat, segak!
darjah 1 sekola agama., alhamdulillah ;)
Deletehaha lepas dah bab2 orentasi ni, anak2 dah besar2..erm faktor keselamatan tu agak membimbangkan juga kan wak.. dan kebersihan tandas tu juga, semoga pihak sekolah akan mengambil langkah yang sewajarnya, kelak.
ReplyDeleteutk pengerahuan ibubapa, sekola2 agama johor bukan dibwh kementerian pelajaran ye, ., nntila kene jumpa guru besar citer masalah negara nih . ;p
Deleteheh..heh..wak wak...banyak betul komennya tu...biasanya post mortem segera dibuat setelah sesuatu yg xdiingini berlaku...kallau xdiarkan saja suasana bgitu berterusan...
ReplyDeletenntila senang2 wak gi jumpa cikgu berbadan besar tuuh., huhu2
DeletePIBG ada tak wak.. jangan lupa suarakan pendapat tu nanti
ReplyDeletepibg xde, pengawal keselamatan (pak guard) pon xde., huhu2
DeleteTandas asrama...ermmm sampai mimpi2 ingat tandas asrama yang bocor paip la..sumbatla...erkk
ReplyDeletedah la kotor, air kene catu pulak., huhu2 sian kat budak2 je makk.,
DeleteSusahlah anak2 nak pee pee nak poo poo,..
DeleteTandas sekolah tak kira sekolah pagi ke petang .memang amat2 kotor...macam tak ada tukang cuci
ReplyDeleteKejap je dah nak habis cuti sekolah
ReplyDeletekadang2 bila jadi macam tu geram juga kan wak, kalau tahu nak buat program, set up la awal2
ReplyDeletehensem dia yer. macam sekolah baru pulak yer kelam kabut hari pendaftaran mcm tak der pengalaman.
ReplyDeleteWah..adik dah sekolah.
ReplyDeleteBaju Johor asli tuh..baju teluk belanga & kain sampin kat dalam.
Wow! 15 kali sayang belum pernah dengar lagi Wak.
ReplyDeleteTapi buat ayat dengan 6 kali sayang dah pernah.
Baru darjah satu kerr... besar orangnya
amboiii ensem si comel ni...ngorat boleh x wak? hahahah
ReplyDeleteWak tak suarakan ke ketidakpuasan tu ? let the school tahu.. hehe..
ReplyDeletekalo parents kat sek mak ngajar.. huurm.. macam2 da datang serang..
Kna cari skool lain lah kot
ReplyDeleteKna cari skool lain lah kot
ReplyDeleteisteri wak sangat memahami huhu
ReplyDeletebiasalah.. propa je lebih.. time tu semua atas kertas ja.. reality dia ? hazab.. :)
ReplyDeleteAlamak ! part catuan air tu yang tak best... bebudak mana lah reti catu mencatu ni tanpa bantuan yang lebih matang..
ReplyDeleteHahaha...banyaknye kalau tak sayang gak tak tau la...
ReplyDeleteMungkin pihak sekolah kena naiktaraf kemudahan dan perbaiki longkang tu agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini..
ReplyDelete