Saturday, 16 January 2016

BLOG AKU PERGI MAKAN NASI BARIANI POWER BENTENG BATU PAHAT

Somewhere at Parit Yaani, Batu Pahat.

HARI minggu kelmarin penulis tiadalah rancangan hendak berjalan kemana-mana, selain bermain dengan anak lanang bocah cilik dan emak anak lanang bocah cilik juga. Tapi bila isteri penulis (yang itu) bercadang hendak keluar berjalan-jalan, maka penulis pun terpaksalah melayan dan memandu ke Melaka bandar bersejarah.

Dipertengahan jalan, tiba-tiba isteri penulis teringin hendak makan nasi bariani pula. Maka, penulis pun melencong keluar di Yong Peng Utara dan terus ke Benteng Batu Pahat. Bila sudah sampai disitu, penulis pun malaslah pula hendak meneruskan perjalanan ke Melaka dan berpatah balik ke gagang sahaja. Disitu juga, isteri penulis teringin pula hendak mencari putu Bambu Juriah yang popular di Ayer Hitam. Walaupun pada mulanya agak sukar mencari warung menjual putu bambu Juriah, tetapi bila tiba di simpang Ayer Hitam menghala Kluang, ternampaklah bunting putu Bambu itu.



Nota lalat. Untuk rakan-rakan yang tidak pernah mendengar 'putu Bambu', bukan 'putu piring', bukan 'putu mayam', sila KLIK SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Pejabat Pos Kampung Kenangan Dato Onn, Batu Pahat. Although awkwardly open on Saturday (non working day), the branch manager told me that no post office is selling postcard anymore.

"Isi penuh-penuh sampai nak patah pin!" I still remember my brother in law once said.
Jalan Bakau Condong, Batu Pahat.

Chicken nasi bariani, Benteng, Batu Pahat.

Putu Bambu Juriah, Ayer Hitam.

18 comments:

  1. Beriyani batu pahat mmg glamer.
    Ms blja kt jhr dulu slalu buli kawan2 dok BP suh buat open house ns beriyani...

    Ha ha ha...

    #nikmatnyaJadiStudent

    ReplyDelete
  2. ohhh, pejabat pos tak bukak hari Sabtu ea? I thought ada selang Sabtu yang Sabtu tu working day?

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  3. SEDAPNYA NASI BERIYANI BT PAHAT...NK JUGA RASA KALAU KE SANA.

    ReplyDelete
  4. wak pernah angkat buah sawit ke? saya pernah jugak , tapi buah relai jer..hehehe. nasi bariani bikin amarah. huhuhu.

    ReplyDelete
  5. Hurmm... confused Mrs. A dibuatnya.
    Putu Bambu Juriah tu jual apa Wak?
    Kuih putu piring ke? Nape takde gambar putu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alalaaa manjanyer mak mrsA kanns., gugel je mak atau KLIK SINI .. hehe2

      Delete
    2. Ngeh!ngeh!ngeh!
      Oh! okay tq for the link Wak dah tak confused dah

      Delete
  6. Di batu pahat tu ada satu lagi tempat nasi bariani yang sedap..nama kedainya pokok sena..boleh cuba wak...
    Wak pergi makan nasi bariani mad shah ya...

    ReplyDelete
  7. wah makan spesial sungguh hari tu ye wak...saya dan somi pon suka beno dengan xtvt hunting makanan sesedap camni...bab putu bambu Juriah tu...kenapa saya tak tau sebelom ni...dah beratus2 kali kot ulang alik kat black water (baca air hitam) tapi tak penah nak menyinggah...kikiki

    ReplyDelete
  8. Wak saje tunjuk postcard GF Malaysia tu kat saya kann..
    Mana Wak dapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aisehh, ingtkn dh tau lama, kan wak ade citer dlm blog poskad tuari., mak x baca lettewww., huhu2

      Delete
    2. Opss! Okay, sorry..
      Mak baca sekarang.. hihihi

      Delete
  9. Wak makan nasi bariani kat kampung saya rupanya! Sedapkan, wak! Jilat celah kuku ke tak?

    Padanlah gambar pejabat pos tu macam mengimbau kenangan silam! Rupa-rupanya pejabat pos yang selalu kuterjah masa jaman nak dara dulu!

    ReplyDelete
  10. Batu pahat kaya dengan makanan wak...sesekali wak try sup depan pejabat posa batu pahat...terrbaik

    ReplyDelete
  11. nasi briyani batu pahat sedap weh.. walaupun skali je penah rasa.. sob sob.. lapar !

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat