|
Ribeye medium rare steak | Tony Roma's Ribs, Seafood and Steak | Aeon Tebrau City | Johor Bahru |
Isnin, 24 April 2017. Hari
cuti umum sempena keputeraan agong yang baharu yang hensem yang warak, katanya. Israk dan Mikraj juga jatuh pada hari ini.
Olehkerana semalam (Ahad) adalah hari persekolahan, maka penulis dan famili tidak dapat merancang jalan jauh-jauh tidak seperti zaman dahulu kala kalau ada cuti hujung minggu yang panjang.
Sistem kekeluargaan sudah
rusak. OTL
Selepas adik ipar penulis
meminjam cikBibah pepel tadi, maka penulis pun berlarian ke Aeon Tebrau City lagi. Untuk baca entri semalam ke
Aeon Tebrau City yang sama, sila jamah di
SINI.
Anak lanang remaja hendak menonton wayang
seorang diri cerita anime Jepun, "The Shape of Voice" (Koe no Katachi). Ingatkan wayang bermula pukul 12.15pm, tapi kerana sampai
terlewat kerana menunggu adik ipar datang tadi,
maka anak lanang remaja kena tonton jam 3pm pula.
Anak wedok pula hendak membeli kasut untuk
majlis konvo minggu ini. Mula-mula ke kedai Bata, tapi ramailah pelanggan hinggakan tiada jurujual Bata yang melayan anak wedok. Jadi, anak wedok keluar dan pergi ke kedai kasut Summit bersebelahan pula yang kurang pelanggan. Padan
muka taukeh Bata, tapi ada dia kisah?