Wednesday, 25 October 2017
THE DANGER IN TAKING YOUR SPOUSE FOR GRANTED
Petang tadi penulis telah berlarian ke UTC di Galleria Kotaraya JB untuk menemani dan memperbaharui pasport isteri penulis yang itu.
7.14pm, tiba di pintu Pejabat Imigresen. Dan mula beratur kerana kaunter masih berehat dan ditutup sehingga jam 8 malam.
7.55pm, mengambil nombor giliran.
8.01pm, nombor dipanggil, ke kaunter, mengambil gambar.
8.37pm, nombor dipanggil, ke kaunter bayaran. Keliru atau sikap tak acuh, penulis ingatkan bayaran paspot rm200 untuk setahun, tetapi sebenarnya untuk 5 tahun! Dikertas notis tepi dinding pun tidak dinyatakan tempoh untuk rm200 itu.
8.47pm, urusan pembaharuan pasport baharu selesai.
Sebenarnya sebelum berlarian ke JB petang tadi, penulis ada pesan piza, penghantaran kerumah. Itu yang lambat bertolak. Isteri penulis (yang itu) ada pesan nak piza jenis baharu Chicken Cheesy Bites. Tapi penulis tidak endahkan kerana penulis sudah pesan 2 piza besar dan sederhana. Tapi bila piza sudah tiba dihantar oleh budak penghantar kerumah yang lambat sejam, isteri penulis (yang itu) sudah tarik muka, berguling-gulingan dan merajuk kerana tiada piza idamannya itu. Aiyah, weh, siapalah tak sayang bini, tapi ada kan, makcik kannnns. Jadi, tadi sementara menunggu urusan pasportnya di UTC Kotaraya, penulis pun terus memesan piza Chicken Cheesy Bites itu. Barulah nampak sedikit ceria diwajah isteri penulis (yang itu) dan situasi kembali tenang seperti biasa.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
13 comments:
Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.
Majulah Sukan Untuk Negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wakkkkkkk.... kenapa byk semut kat skrin pc niiiiiiiiii
ReplyDeletehahar2, ni namanye 'grainy effect' .., sesajewww
DeleteLZ dah rasa pizza ni Wak, biasa jer takde la wow sangat..
ReplyDeleteManja sungguh isteri penulis (yang itu).. Opps! Gurau jer Wak.. :-)
pizza biasa je cuma byk sgt cheese gituuu., manjalah sangatt., hahar2
DeleteHahahha... tajuk mengundang sangat. Baiknya hati Wak layan karenah isteri yang itu cia..cia..cia..
ReplyDeleteMrs. A dah pernah rasa piza flavor baru ni Wak time ganglunch makan di piza hut tapi tak habis pun so tapaulah bawa balik.
Rasanya biasa-biasa jer... iklan je lebih.
biasa je., cuma byk sgt cheese keju tuu., ade org suka ade org x suke ikut citarasa memasing la kannns., huhu2
Deleteheheheh tulah wak, org laki gitu lah... bini ckp takmo dgr elok2 bila dh dpt apa di pesan... tak betul spt diminta apa lg muncung lah... baru rasa nyesal hehehhe
ReplyDeleteisshh buat org teringin je gulp
ReplyDeleteBagusnya wak, melayan permintaan isteri (yang itu). Kipidap! :D
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteOrang perempuan kalau merajuk, ubat terbaik adalah makanan. Dari bagi bunga ke teddy bear ke, membazir semua tu
ReplyDeletebile lagi nak tunaikan hajat isteri kesayangan buah hati intan payung kan wak..x ternilai pengorbanan dan kasih sayang dia walaupun dengan wang ringgit 2.6b tu. yang penting, dia heppyyyyyy...rumahtangga pun aman bahagia..semoga wak kekal bahagia sampai ke jannah bersama isteri dan anak2..amin :)
ReplyDeletePizzahut tak best, Domino's baru la best :P
ReplyDelete