Monday, 2 August 2021

SUN HALO SPOTTED ON LEECH AVENUE TODAY

Sun halo this afternoon @2021.
Tengahari tadi penulis ditunjukkan cahaya halo pada matahari.

Satu fenomena halo matahari berlaku sejak tengahari.
Di mana bayangan pelangi seakan gegelung cincin dapat dilihat.
Cincin ini terbentuk dan mengelilingi matahari.
Kejadian itu dapat dilihat dihampir ke semua negeri di Semenanjung Malaysia.
Selepas ianya diselaputi awan nipis atau dikenali sebagai awan cirrucumulus.
Fenomena optik ini berlaku disebabkan cahaya matahari.
Cahaya dari matahari melalui hablur ais berbentuk heksagon yang terdapat pada awan Sirus.
Apabila melalui hablur ais tersebut, cahaya akan terbias pada suatu sudut.
Dan akan muncul suatu lingkaran cahaya yang mengelilingi Matahari.

Ooh.
Ada orang beritahu penulis juga.
Pada malam 12hb Ogos nanti ada hujan tahi bintang (baca, meteor shower) berlaku.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

4 comments:

  1. cantiknya foto yg ada pokok kelapa tu...

    ReplyDelete
  2. Lawa gambar yang ada pokok kelapa tu ❤️

    ReplyDelete
  3. Tak berkesempatan nak tengok haritu wak. Dapat tengok gambar orang je lah. Cantik gambar wak yang second tu.

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat