Tuesday, 25 August 2015

PINGGAN TAK RETAK

kopitiam, Todays Market, Masai

KATA orang tua tua berumur, tidak elok minum atau makan mengguna pinggan mangkuk atau cawan yang retak, nanti dapat anak sumbing. Betul kah?

Di dalam kitab Sunan Abi Daud diriwayatkan hadis dari Abu Said Al-Khudri bahawa ia mengkhabarkan: "Rasulullah Sallalahu 'Alaihi Wasalam melarang minum (makruh) dari bahagian cawan yang pecah dan melarang untuk bernafas dalam air minum."

Erti dari peribahasa melayu 'pinggan tak retak, nasi tak dingin,' pula adalah orang yang cermat dalam mengerjakan suatu pekerjaan. Atau boleh digunakan untuk anak dara yang terlalu cermat dan berhati-hati dalam memilih suami. Sebab itu ada pantunnya,

pinggan tak retak,
nasi tak dingin,
orang tak hendak,
haku pun tak hingin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



24 comments:

  1. Arwah nenek dan atok PC pun tak bagi minum atau makan guna cwan dan gelas serta pinggan yang retak atau sumbing..bila tanya tkut dpt ank sumbing..tp bila difikir balik dari satu sudut..bila guna yang dah retak atau sumbing..boleh menyebabkan kecederaan pun kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo cedera bibir ke mulut ke sape yg susah mak kann., huhu2

      Delete
  2. ada kedai makan dekat2 sini wak...pinggan mangkuk cawan dia semua pasti ada retak dan sumbing...konsep kedai agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tular, skrg ni bisnes dh mcm2 konsep propa je kann., huhu2

      Delete
  3. pinggan cawan yg retak elok dibuang saja..tak baik menggunakannya dikhuatiri banyak bakteria yg besar dlm retaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo pinggan cawan umah sendiri bolehla dibuang mak yee., kalo pinggan cawan umah kedai orglen takkan nak tolong buangkan jugakk., haha2

      Delete
    2. Tu lah pasal.... pinggan mangkuk gelas kt kedai mkn tak sah kalo x sumbing...

      Elok lah mkn kt rumah je .. huhuhu...

      Sy kalo jumpa sumbing sy suh dia tukar...

      Pesanan rasulullah s.a.w perlu dipandang serius...

      Delete
    3. Setuju. Tak boleh ambil mudah. Dikhuatiri bawa mudarat pada diri :)

      Delete
  4. Kalau pecah kaca, pecah gelas...macam mana pulak Wak ? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pecah kaca,
      Pecah gelas;
      Kalau tak baca,
      Jangan balas.

      Pecah gelas,
      Pecah kaca;
      Kalau tak balas,
      Pecah kepala. reti ke x reti? hihi2

      Delete
    2. Ayoooo.... garang nye wak...

      Delete
    3. wak gurau suke suki jeer, jgnla amek ati naa ;p

      Delete
  5. ade gak cawan klasik ni.. free beli nescafe.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh bestnyer beli nescafe dpt cawan klasik camni., ade letak gmbr dlm blog tak? ;D

      Delete
  6. sbnr nyer org tua2 x nk tangan / anggota kita luka bla gn pinggan sumbing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. abestu yg pantun pinggan tak retak tu tak hingin tak hendak tu mcm orang merajuk je kann., hehe2

      Delete
  7. wak .... aritu ada blogger makan kat boat noodles...mangkuk retak pun masih tetap dihidangkan kat pelanggan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mukin mangkuk hayun retak tu hiasan je semata2 mak utk jadikan pelaris agaknye., hehe2

      Delete
  8. Orang tua2 dulu memang banyak pantang larang dan kiasan2 berkenaan apa yang ingin disampaikan...

    Lebih tepat memang bahaya kalau minum dengan cawan atau piring retak dan sompek ni takut luka bibir...lagi pun tak manis n tak elok untuk hidangan kepada tetamu...

    ReplyDelete
  9. Kalau kes, pinggan retak,..nasi panas,...tapi orang tu masih terhegeh-hegeh camne pula wak?
    Nak kasi pantun apa plak? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa.. kalau dia terhegeh2 kita jgn la terus rejek..
      kita tngk dlu aspek2 lain.. mana tau membawa ke syurga kan..

      dah melepas kalo rejek awal2..

      Delete
  10. hahahahah memula cem serious je CT bace tetiba pantun.. aaaaiyark..

    ReplyDelete
  11. Antik namanya,rasanya pun lain kalau minum dari cawan macam ni.

    ReplyDelete
  12. kalau anak dara mmg di larang minum dalam bekas mcm tu..pecah or sumbing

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat