Friday, 24 February 2017

SUAMI JANGAN JADIKAN ISTERI SEPERTI ORANG GAJI

Panasonic vacuum cleaner, MC-CG333.

Sudah hampir 3 bulan, pembantu rumah (baca, bibik) penulis telah pulang ke Lombok. Jadi kesemua kerja rumah dibuat oleh kaum kerabat sendiri. Malam kelmarin bukan malam jumaat ya para pembaca, isteri penulis (yang itu) telah memerintah penulis memasang pembersih hampagas (baca, vacuum) dari dalam kotak asalnya. Selepas beliau siap menyedut habuk didalam bilik tuan (baca, master bedroom), disuruhnya penulis membukanya kembali dan diletak kedalam kotak asal yang sama. Tapi sebelum itu, bila diperiksa, mesin pembersih hampagas itu tiada beg habuk (baca, dust bag) didalamnya. "Dah lama takde la plastik habuk tu kanda," kata isteri penulis yang itu. Aiyah. Jadi, penulis pun bertungkuslumus menggeledah laman sesawang Lazada dan terjumpa juga beg habuk tersebut. Dan siang tadi, penulis sudah memesannya dengan segera. Harap-harap tidaklah penulis menerima lesung batu dalam bungkusan pula. OTL

Nota lalat. Lazada, 1 set of 5 dust bags costs rm34 only. Updated. Oops! Penulis tersilap pesan beg habuk yang salah! Entri terbaharu di SINI.

Nota langau. Suami, jangan jadikan isteri seperti orang gaji. Dan jangan jadikan orang gaji seperti isteri sendiri. OTL

Blog bukanlah hakmilik kekal.

11 comments:

  1. Baru teringat dh lama mak cik tak vacuum umah. Entah apa khabar lah vacuum yg dlm kotak tu 😅

    ReplyDelete
  2. wak bersihkan rumah mcm esok lusa nak raya ;-)

    ReplyDelete
  3. salam jumaat wak..

    untung wak ade vacuum sebagai assistant plg cepat..ehh.. wak nak tnjuk vacuum baru ekk..ekekek :p

    ReplyDelete
  4. Sama-sama buat kerja rumahrangga mengeratkan ukhuwah sekeluarga..

    ReplyDelete
  5. suami yg mneolong isteri buat kerja rumah, mmg lelaki gentlemen..

    ReplyDelete
  6. ALhamdulillah, suami saya jugak menolong dalam urusan kerja rumah.
    kami sama2 keja, haruslah kerja rumah pon sama2 buat kan~

    Ohh.. saya jugak pelanggan setia lazada. suka beli pempes anak sebab murah banyak. kikikiki

    ReplyDelete
  7. AYAT YG BWH TU MMG MENGANCAM KAH KAH KAH.... BYK DAH TERJADI TU

    ReplyDelete
  8. belikan vakum baru terus Wak..lagi diorang(eh..dia) sayang

    ReplyDelete
  9. duduk rumah sama sama. kerja rumah pun mestilah sama sama jugak. betoi dak wak?

    ReplyDelete
  10. rumah saya tak ada vacum, tp laling saya mengemop atau menyapu rumah setiap hari. suami bukan orang gaji, tapi nak acah2 orang gaji pun boleh, mak suka..hahahaha

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly