Monday 16 October 2017

CARA RENEW LESEN MEMANDU ONLINE MYEG ATAU POS MALAYSIA



Kelmarin kan sudah harijadi anak wedok. Jadi lesen memandunya pun sudah mampus. Link: So I ate my favorite salmon steak.

Petang tadi, penulis sudah berlarian ke Tesco. Mula-mula penulis bertanya di kaunter Myeg. Awek muda jelita beritahu, "kami amek masa 3 hari wak, kami pakai runner, pastu anak wak kene bagi gambar dgn background hitam atau putih." Pening kepala penulis sebentar. "Tapi wak boleh tanya di pejabat pos sebelah tu kalo nk cepat," beritahu awek muda jelita itu lagi.

Di kaunter pejabat pos, ahkak beritahu, "cuma perlu lesen lama." Bila ditanya tentang gambar, "tak perlu wak, kami tak sama dgn myeg, sistem kami berbeza," kata ahkak pos lagi.

Olehkerana tidak ramai orangramai, urusan pembaharuan lesen memandu anak wedok tidak sampai 5 minit sudah siap. Negara sudah maju kan.

Nota lalat. Kalau anak sudah dewasa besar dan panjang, sudah bekerja sendiri, lebih eloklah bayar pembaharuan lesen guna duit gaji sendiri ya. Tidak perlu lagi mengharap bantuan ayahanda.

Nota lalat 2. Sekarang lesen mati pada tarikh lahir. Jadi kalau tak mahu datang renew setiap tahun pada harijadi di kaunter pejabat pos, sila renew 5 tahun sekali ya. OTL

Blog bukanlah hakmilik kekal.

6 comments:

  1. Hb Ati.
    Simple nama tu.
    Ni mesti bapak dia yang pegi daftar kelahiran.
    Pernah ada seorang kawan sekolah dulu, nama dia kat surat beranak 'Z". Satu huruf aje

    ReplyDelete
  2. HB utk ati, moga sentiasa dlm lindunganNya

    ringkas betul nama aanak wak ye, jarang2 nk jumpa nama seringkas tu... jmn skrg ni kala takde 2 perkataan tak sah

    dana aritu saja bt awal 2 hari, sbb selalunya msti lupe nk renew bila dh sampai tarikhnya...

    ReplyDelete
  3. lessen ni ayah bonda bayarkan ke?

    ReplyDelete
  4. dah buat tarikh mati sama ngan birthday pun kadang2 terlupa juga...

    hihi
    hi wak.
    assalamualaikum

    ReplyDelete
  5. birthday kita semalam wak.. hari ni lesen kita expired dah.. huhu

    ReplyDelete
  6. benda ni senang sebab tak payah amik agambar kat situ. selalu benda tu yang buat lama

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat