Sunday, 15 January 2017

PENGALAMAN MEMBELI KERETA PERODUA MYVI ADVANCE BAHARU

Johor Premium Outlets (JPO), Kulai

Semalam pagi, selepas menghantar pembantu rumah di Senai Airport untuk pulang terus ke kampungnya di Surabaya, penulis terus singgah di JPO. Tetapi kedai-kedai JPO belum dibuka lagi. Walaupun begitu, penulis dan isteri (yang itu) lepak-lepak sahaja di kafe Starbucks sambil berborak-borak kosong dan berbincang tentang hala tuju masa hadapan.

Dari JPO, penulis berlarian ke kedai pameran kereta Toyota di Saleng. Seperti yang dijangka, jurujual Toyota amatlah peramah. Isteri penulis pada mulanya berminat untuk membeli Toyota Vios. Barulah penulis ketahui beza antara model Vios J (RM76,500), G (RM89,800) dan TRD Sportivo (RM96,400).

Kemudian kami singgah di kedai pameran kereta Perodua bersebelahan Toyota juga. Tetapi jurujual di situ tidak bersemangat melayan kami. Mungkin melihat penulis berpakaian selekeh sahaja dia ingat penulis tidak mampu berhutang bank untuk membeli kereta Perodua agaknya.

Dalam perjalanan pulang, penulis singgah juga di Perodua Plentong yang terletak di hujung jalan yang sunyi. Penulis bernasib baik kerana jurujual disitu dapat melayan kami dengan baik. Kami pun mula bertanya beberapa model Myvi dari 1.3 Standard (RM40,862), 1.3 SE (RM52,968) ke 1.5 Advance (RM56,578). Akhirnya isteri penulis (yang itu) memilih kereta Myvi Advance. Jadi harapan penulis untuk menjadi pemandu Vios akhirnya ke laut.

Proses memesan Myvi amatlah mudah. Cuma perlukan salinan kad pengenalan, dan lesen memandu, serta wang deposit sebanyak rm500 sahaja. Salinan slip gaji boleh dihantar kemudian melalui emel sahaja. Jurujual menjanjikan penghantaran kereta akan tiba sebelum raya cina tahun ini. Jurujual juga berjanji boleh mendapatkan nombor pendaftaran plat JRY *** (3 digit, RM250) yang penulis idamkan.

Kenapa memilih Myvi, bukan Vios?
Itu kena tanya isteri penulis. Penulis kan cuma bekas pemandu Uber eh? Membandingkan Myvi dengan Vios bukanlah perbandingan epal dengan epal. Tetapi penulis telah memberitahu isteri penulis (yang itu) supaya janganlah pisang berbuah dua kali. Sebab dulu pernah isteri membeli CRV tetapi tidak sampai setahun sudah mahu tukar ke Viva pula. "Besar kete susah nak parking lah kanda," katanya.

Kenapa mahu membeli Myvi, walaupun Viva Elite masih ada?
Selama 4 tahun isteri (yang itu) memakai cikBibah pepel (Viva Elite) itu tiada masalah yang ketara. Cuma masa mula2 membelinya, lampu pandu isyarat tidak boleh mati secara otomatik walaupun sudah ditukar di bengkel servis Perodua Taman Cendana. Dan sekarang, isteri penulis bercadang mahu membeli Myvi kerana anak wedok penulis yang baru saja habis belajar dan sedang mencari kerja. Dengan cikbibah pepel diharapkan anak wedok penulis itu akan mudah mencari kerja nanti. Amin ya robbal alamin. Dan gara2 ingin membeli Myvi, makanya cikBibah pepel penulis itu pun merajuk sehingga sanggup melibatkan diri dalam kemalangan tempohari. Aduhai.

Warna Myvi yang dipilih?
Mulanya isteri (yang itu) amat berkenan dan termimpi2 akan warna kuning Bumblebee untuk Myvi baharunya. Tetapi jurujual memberitahu warna tersebut tidak lagi wujud di tahun 2017. Warna terdekat cuma warna oren madu yang tidak berkenan dihati isteri (yang itu) kerana sama dengan warna Myvi kawan satu opisnya. Jadi, setelah berfikir selama 13 minit, isteri (yang itu) telah memilih warna campuran biru (bodi) dan hitam (bumbung) seperti kereta mini cooper.

Akan bersambung...

Blog bukanlah hakmilik kekal.

JPO flower.

Starbucks at JPO.

Coffee time, Starbucks, JPO.

Toyota Vios.

Perodua Showroom, Plentong.

Myvi Advance gets a new look with two-tone colour, Electric Blue (body) and Ebony Black (Roof & Pillars).

25 comments:

  1. Replies
    1. kete je baru kakPah, dlm hati sape yg tahuu., ;p

      Delete
  2. Wah...MyVi kita nak habis bayar dah bulan 5 ni. Kalau ada rezeki lebih suami nak beli kereta baru yang besar sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untungla suami dpt belikn kete besar utk isteri tersayang tu mkcik kann., ;p

      Delete
    2. jom la dtg kedai tgok aruz yg baru 7 seater dik.. nak beli myv baru ke.. bezza ke.. bole wsp akak.. SA perodua kl.. save no ni ya 01116930576..lawak juga wak ni ya.. hihi

      Delete
  3. MyVi baru dah mcm mini cooper.
    Terbaek

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap silap la ustaz, kete mini cooper yg dh mcm Myvi., hahar2

      Delete
  4. Replies
    1. ape yg untung mkcik., hehe2 rasanye bank yg untung., ;p

      Delete
  5. waaaaaaaaa bestnya... cun lah myvi 2 color tuh ye WP

    perodua jimat minyak, almaklum skrg nih harga minyak asik naik je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kete blom dpt lg ape yg bestnye mkcik., hahar2

      Delete
    2. coming soon lar tue ... best, best, best

      Delete
    3. nikmat yg sekejap je mkcik Tim., huhu2

      Delete
  6. silap wak... terpanggil WP lak...
    maafkan diriku ye wak

    ReplyDelete
    Replies
    1. xper mkcik, bukan berdosa besar pon., hahar2

      Delete
    2. tahniah wak , dapat kereta baru ;) biru lagiii

      Delete
    3. bukan kete baru wak ye., wak jd drebar bole la kann., hikhik2

      Delete
  7. aku banyak gelak dr paham dr pembacaan kali pertama...ok bc kali ke2 baru paham ... hahaha

    pengajaran dr perenggan ke3 ... padan muka tak dpt mkn komisen ... salesman tu.... tatau dlm poket wak berkepukkepuk duit ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tular xmoh layan customer kann., kehkeh2

      tp duit kepuk2 dlm poket bukan wak yg punye., itu semua ilusi je mkcik eima kann.,

      Delete
  8. Money make things work kan.. Wak kan..kan..kan...?
    Minggu lepas cakap nak beli hari ini dah beli.
    Semoga isteri Wak yang itu dapatlah Myvi barunya sebelum CNY ya... nanti leh pi beraya guna keta baru :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bebinornye, bini wak dh lama nk beli kete baru smpi kete viva tu majuk kene eksiden pulak., huhu2

      Delete
  9. wak...banyak la yang itu (untuk isteri).

    ReplyDelete
  10. wahhh patu laa ada bau kedai smpi sini wak hahahaha

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat