"Saper Suzy yg LAWA tuh?" Diambil dengan phone cap aiYam ;p |
Nota lalat lain. Jumaat kelmarin, anak keponakan penulis yang itu telah menjemput datang ke rumah sewanya yang jauhnya hanyalah sepelaung kerana ada majlis tahlil arwah dan aqiqah. Anak lanang keponakan penulis ini telah dikurniakan seorang cahayamata yang pertama setelah tiga (3) tahun berumahtangga. Alhamdulillah.
Tengahari tadi, tiba-tiba sahaja anak keponakan menghantar whatsapp, "wak, anaknda nak pinjam duit nak bayar duit sewa rumah. Urgent!"
Malam tadi, bila penulis bersetuju untuk memindahkan wang berjuta-juta lemon banyaknya dari akaun Maybank penulis dan meminta nombor akaun beliau. "Anaknda takde akaun Maybank la wak, Hongleong je" katanya. Bila penulis menyuruhnya datang kerumah untuk mengambil wang tunai pula, anak keponakan lanang itu membalas dengan manja, "anaknda tak leh kuar lah sekunk." OTL
Penulis pun mencuba pindah masuk wang ke dalam akaun Hong Leongnya juga. Tidak boleh pindah segera (baca, instant), cuma boleh IBG yang mengambil masa 3 hari lamanya. "Betul ke xleh instant wak?" tanya keponakan tidak percaya. "Kalo camtu, esok ptglah anaknda amek duit tuh," katanya. Penulis berasa benganglah juga, ingatkan keponakan perlukan wang dengan segera tapi sanggup tunggu esok petang pula. Penulis kemudian menyuruh keponakan tunggu di Petron Masai esok jam 7pagi, tapi keponakan menyuruh penulis pula tunggu di Tesco yang agak jauh jam 7.30pagi. Eh, siapa yang hendak meminjam wang siapa nih, getus hati penulis. Akhirnya penulis pun pindah masuk wang yang dikehendaki kedalam akaun Hong Leong banknya malam itu juga. Gasaklah dia terpaksa tunggu 3 hari.
Kamus lalat. Keponakan = anak buah, anak saudara, anak abang kandung penulis. Anak lanang = anak lelaki.
Blog bukanlah hakmilik kekal.