Tuesday, 29 October 2019

OMAR ALI VILLA

Omar Ali Villa, Kampung Bahru, Kuala Lumpur @2019

Sudah masuk dua semester anak lanang penulis tinggal menyewa bilik di villa ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Monday, 28 October 2019

BUAH TUNJUK LANGIT (18SX)



Just now I am so sleepy and pass by a Petron station to grab an energy drink... I saw a brand called GENG Skyfruit Juice standing in refri...the price is RM8 which i think is expensive so curiosty lead me to try it...why is it so special and expensive...After drink it, abit bitter and the taste is not good..but something happen after 1 and 2 hours..

Im started to get dizzy after 1 hour consume, I feel my heart beat so damn fast...then after 2 hours...heart rate become normal then i feel energitic and UNWANTED erection...YES! Erection...Im in the office now I feel my adik erect suddenly and it is hard rock lol and can stand for quite long....I dunno why is it...I seldom drink energy drink but I think this drink is quite good for sexual enhancement...lol... - kopipes FORUM LOWYAT

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunday, 27 October 2019

WHERE IN THE WORLD IS TASIK BIRU KANGKAR PULAI



Selain tasik biru Masai dibelakang rumah hinggap penulis itu, penulis baru tahu ada juga tasik biru di Kangkar Pulai.

Pagi-pagi tadi penulis telah berlarian mendaki Gunung Pulai.
Bukan Gunung Pulai Kedah.

Alone matcham biasa.

Terimakasih juga penulis ucapkan kepada budak2 remaja cina yg menjadi penunjukan dan pencerobohan dlm hutan takungan air itu.

Tasik Biru Kangkar Pulai
Kulai, Johor, Malaysia
Oct 27, 2019 7:21 AM
Hiking/Backpacking

Distance 5.7 km
Duration (Total) 2h 50m 54s
Duration (Active) 2h 28m
Duration (Paused) 22m 54s
Avg Speed 2.3 km/h
Highest Point 199 m
Total Ascent 177 m
Difficulty Easy

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Saturday, 26 October 2019

BANJIR

Kampung Sepakat Jaya, Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas Pontian Johor @2019

Tengahari tadi penulis pun berlarian balik kampung.
Ziarah adik dan anak saudara.

Tiba ditengah jalan hujan pun turn dengan lebat.
Air melimpah-limpah menenggelami jalanraya.

Gambar diatas ialah tanah diperkarangan rumah adik wedok.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Friday, 25 October 2019

PAU PUCHONG MURAH LAGI SEDAP


Pau inti kaya

Tengahari Jumaat panas berdeting tadi penulis sudah berlarian ke masjid as Salam Puchong Perdana.
Gara2 menunaikan permintaan isteri penulis (yg itu) berkenan sangat dengan pau viral.
Wehh saperlar tak sayang bini, tapi ada kann. Kannns ;p

Dipwndekkan cerita, usai solat jemuah penulis berjaya juga membeli 4 pau yg murah lagi viral itu.

Tapi pau bukanlah makanan kegemaran penulis.
Baik penulis mamam pizza kann. Kannns

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Pau Puchong Sedap Lagi Murah

After the friday prayer today

Pizza hut RnR Ayer Keroh

Thursday, 24 October 2019

MINIS



Penulis kadang-kadang hendak makan jajan bar cokelat inis.
Bounty. Milky Ways. Mars. Snickers
Beli yg saiz mini sudah.

Harap-harap tidak mudah terkena kencing manis.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Wednesday, 23 October 2019

SIZE 5



Kasut yg penulis pesan atas talian dua bulan lepas baharu sahaja sampai.
Lama gila.
Saiz kecil pula tapi.
Aiyah Lazada.

Nampaknya penulis terpaksa panjat gunung dan lurah dendam dengan kasut kain sahaja lah lagi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Monday, 21 October 2019

BLUE SWIMMING POOL

Kolam renang Uniten @2019

Berakit-rakit kehulu,
berenang-renang ketepian,
lama-lama penulis pun jadi penatt.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sunday, 20 October 2019

WHERE IN THE WORLD IS BUKIT DENAI TIGA PUTERI



Pagi2 pas suboh gelap guliter penulis sudah berlarian ke Kota Damansara.

Pendakian yg biasa2 tapi agak jauh.

Denai Tiga Puteri
PJ, Selangor, Malaysia
Oct 20, 2019 7:02 AM Walking
Distance 6.7 km
Duration (Total) 3h 32m 19s
Duration (Active) 3h 9m 32s
Duration (Paused) 22m 47s
Avg Speed 2.1 km/h
Highest Point 191 m
Total Ascent 106 m
Difficulty Easy

Blog bukanlah hakmilik kekal.











Saturday, 19 October 2019

RUMAH DEGIL



Semalam petang sudah berlarian ke Balai Seni Negara.
Hari pun sudah lewat sore.
Sempat lagi ambil gambiran rumah tradisional atau rumah degil Chow Kit ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Gambiran rumah degil yg asal dari pakcik google:

Friday, 18 October 2019

KALAU LAH AKU BOLEH SAMAN POSLAJU DAPAT RM850 RIBU MACAM NUR IZZAH



Penulis sudah bungkus buahan untuk dikirim ke Masai pada hari kelmarin, Selasa 15hb.
Esoknya penulis periksa masih belum sampai ke destinasi.
Lusa, laman web tidak dikemaskini.
Bila ditelefon, pegawai poslaju kata 'hilang' di KLIA.
Aiyah.

Hari ini sudah masuk hari ke empat.
Status masih sama.

Updated status. Buah dah smpi Jumaat ptg ye... sibaik buah maseh elok ;p

Link lalat pasal kes saman fitnah Nurul Izzah selesai dengan bayaran RM850,000.
Dulu dah menang RM1 juta. Link.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Wednesday, 16 October 2019

FISH AND CHIPS



Petang semalam penulis malas makan nasi.
Pesan salad saja.
Restoran Resepi Rahsia lah sangat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tuesday, 15 October 2019

FRESH KURMA

Egypt Barhi Date, MBG shoplot, @2019

Setelah menunggu beberapa pekan (baca, minggu).
Buah kurma segar dari ladang baharu tiba di kedai buahan berdekatan padang tempat penulis memotong rumput ini.

Kulit keras isinya manis.
Haruslah dikirim ke Masai dengan seberapa segera.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Monday, 14 October 2019

WHERE IN THE WORLD IS BUKIT BROGA



Semalam petang Ahad, penulis sudah berlarian ke puncak Bukit Broga.
Hari pun sudah lewat sore.
Tidak berapa ramai pendaki seperti yg dijangkakan.
Penulis capai puncak bukit kedua saja sudah.
Alone matcham biasa.

Bila penulis turun, ramai pula pendaki yg baru naik walaupun hari sudah senja.

Broga Hills 2019
Kajang, Selangor, Malaysia
Oct 13, 2019 4:58 PM
Hiking/Backpacking
Distance 4.3 km
Duration (Total) 1h 45m 5s
Duration (Active) 1h 36m 10s
Duration (Paused) 8m 55s
Avg Speed 2.7 km/h
Highest Point 345 m
Total Ascent 265 m
Difficulty Easy

Nota lalat. Kali terakhir penulis daki Bukit Broga ialah 6 tahun sudah. Link.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

















Saturday, 12 October 2019

WALKING WITH WIFE



Tidak seperti dua minggu sudah, petang tadi isteri penulis (yg itu) tidak mahu berlarian keliling kebun kelapa sawit dan pokok pisang.
Jadi penulis temankan saja hingga kehujung jalan tar dan pulang ke pangkal jalan.
Peluh jantan pun tidak sempat keluar.

Entri terdahulu:
15 Sept & 29 Sept 2019.

Taman Tasek Tun Jeanne Abdullah
Pasir Gudang, Johor, Malaysia
Oct 12, 2019 5:05 PM | Walking

Distance 2.8 km
Duration (Total) 0h 44m 29s
Duration (Active) 0h 44m 29s
Duration (Paused) 0
Avg Speed 3.8 km/h
Highest Point 100 m
Total Ascent 50 m
Difficulty Family

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Thursday, 10 October 2019

UTUSAN OFFLINE



Innalillahi wainnalillahirojiun.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Wednesday, 9 October 2019

RAINY DAYS TO COOL DOWN HAZE



Sekarang kalau petang saja hujan.
Kalau hujan saja mesti petang. Gitu.

Hujan petir sambar menyambar sejak beberapa hari.
Syukur saja sebab jerebu pun sudah berkurangan.

Gambiran penulis ambil semalam petang sebab kelihatan matahari betul2 diatas puncak menara berkembar.
Ambil guna henpon cap ayam sudah.
#samsungpastiuntung

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Tuesday, 8 October 2019

WHERE IN THE WORLD IS BUKIT SAGA



Pagi Ahad semalam penulis sudah berlarian ke Bukit Saga Ampang.
Tujuan utama adalah untuk mencapai air terjun Bukit Ahpek.

Tidak seperti beberapa tahun yg lampau ikut trek A, tapi kali ini penulis daki ikut trek C pula.

Bila tiba dipuncak Saga Hilltop penulis kesesatan pula untuk mencari trek ke airterjun.
Padahal ada trek D untuk jalan pintas ke air terjun.

Alhamdulillah dipendekkan cerita, penulis selamat tiba di air terjun Saga yg kecil saja.
Selamat mendaki semula dan kembali ke pangkal Jalan Saga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Sunday, 6 October 2019

SAYA SERING BACA SURAH INI KETIKA SUSAH HATI

Surah al waqiah, R&R Kundang LATAR highway @2019.

Salam berhujung minggu kawan2 penulis semua2 lah.
Jangan bermurung durja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Saturday, 5 October 2019

CAR KEY COVER REPLACEMENT

Next to Mekdi Desa Pandan Kuala Lumpur @2019

Sudah lama sarung kunci kereta (baca, carkey cover) cikputih penulis itu rosak.

Pernah penulis banyak kali ke kedai kunci.
Kesemua mereka memberikan harga dua hatus lapan poh hinggit utk sarung kunci itu. Mahal sungguh.

Jadi bulan lepas penulis sudah beli di Lazada.
Cuma dua poh sembilan hinggit saja satu.
Diulangi, dua poh sembilan hinggit.

Tengahari tadi, selepas hantar kereta anak lanang kekedai accessories untuk pasang dashcam dan sebelum solat jumat, penulis pun berlarian ke kedai kunci Desa Pandan.
Calvin bukan nama sebenar tiada dikedai.

Bila dihubungi, Calvin bukan nama sebenar tiba dalamasa 5 minit.

Calvin bukan nama sebenar gelakkan penulis kerana tidak pernah pelanggan beliau datang hanya untuk menukar sarung kunci kereta sahaja.

Dipendekkan cerita, Calvin bukan nama sebenar buka dan koyakkan sarung yg lama. Ludah sana ludah sini. 7 minit siap sambil tersengih saja.

Bila ditanya upah, Calvin bukan nama sebenar geleng2 kepala. "Sukati wak lah," katanya. Bila belek dalam dompet penulis tenok ada wang kertas rm1 dengan rm20 sahaja. Yg lain duit kertas rm50 ada 200 keping. Penulis tunjuk pada Calvin bukan nama sebenar untuk pilih. Dia tersengih lagi. Lalu penulis berikan saja duit kertas rm20. Calvin bukan nama sebenar ambil duit. Tapi penulis tidak sangka, Calvin akan pulangkan rm10 pula.

Baik sungguh hati Calvin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Just because of the logo...

Thursday, 3 October 2019

IS IT NORMAL TO FORGET WHERE YOU PARKED YOUR CAR?



Minggu ini penulis memandu kereta anak lanang ke ladang memotong rumput ini.

Tiga hari tiga malam penulis tinggalkan diparkir.

Penulis pun datang semula usai memotong rumput petang tadi.
Tapi penulis lupa dimana letaknya kereta anak lanang itu.
Ada empat lantai parkir bertingkat ini.

Selalunya penulis akan ambil gambar tiang berdekatan kereta, tapi...

Tapi penulis masih ingat berdekatan 'ramp' turun naik.
Jadi penulis pun periksa keempat-empat lantai.
Nasib baik betul tekaan penulis yg sudah berumur ini.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Tuesday, 1 October 2019

RETAIL APOCALYPSE



Semalam bila penulis berbelanja di pasaraya besar Tesco pun banyak rak barang jualan sudah dikosongkan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat