Cerita lalat 1.
Dulu pernah isteri penulis (yg itu) mengadu.
Ada matsalleh yg baru bertugas di padang yg sama.
Dia hairan sebab bila beri salam, tiada sorang pun melayu (baik lelaki mahupun pompuan) yg jawab salam dia. Semua senyap geliter.
Matsalleh yg pernah bertugas di timur tengah.
Cerita lalat 2.
Pagi tadi, superintendent Lim (bukan nama sebenar) bertanya topik yg sama.
Sebab seperti biasa kami (melayu dengan melayu) mengucap assalamualaikum tapi dengan mereka (non muslim) kami cuma sebut selamat pagi atau good morning.
Jadi superintendent Lim (bukan nama sebenar) bertanya kepada penulis.
Sebab Superintendent Lim (bukan nama sebenar) pernah bertugas di timur tengah juga.
Di negara Arab, semua orang memberi ucapan "Assalamualaikum" dan membalas salam "waalaikumsalam" macam biasa.
Tapi bila dia balik ke tanah melayu, tiada siapa yg menjawab salam dia.
Superintendent Lim (bukan nama sebenar) berasa amat pelik.
Jadi penulis bagi penerangan.
Di negara Arab, ucapan tersebut adalah sebahagian dari bahasa mereka.
Jadi tiada masalah tidak seperti di tanah melayu.
Orang melayu anggap semua ayat2 arab adalah suci.
Bahawa sebutan arab seperti "Assalamualaikum" dan "Waalaikumsalam" itu adalah ayat2 suci yg hanya boleh digunakan oleh orang2 Islam.
Begitu juga dengan perkataan "Allah" yg digunakan dlm bible orang2 nasrani.
Kami pun berdebat hebat juga.
Superintendent Lim (bukan nama sebenar) pertikaikan juga tentang tulisan jawi dalam pembelajaran sekolah.
Penulis beritahu, tulisan jawi walaupun dari Arab tapi bukanlah ayat2 suci sebab disebut dalam bahasa Melayu.
Tiba-tiba Superintendent Lim (bukan nama sebenar) cerita pengalaman semasa bertugas di Brunei.
Ada melayu yg hampir menumbuknya kerana dia memberi ucapan "assalamualaikum" kepadanya.
Dia kecewa dan sejak itu dia tidak lagi memberi salam kepada orang2 melayu.
Selepas itu superintendent Lim (bukan nama sebenar) pun akur dan faham.
Tapi berapa ramai lagi non muslim rakyat negara ini yg masih tidak faham?
Dan tiada penerangan jelas dari pihak2 yg bertanggungjawab.
Tiap-tiap hari asyik bergaduh pasal politik sahaja.
Untuk rujukan
hukum memberi dan membalas salam orang bukan Islam.
Wallahualam.
Blog bukanlah hakmilik kekal.