Alhamdulillah.
Hujung bulan ini genap 6 bulan penulis bertugas memotong rumput di padang yg tandus ini.
Jadi tengahari tadi penulis pun teringin belanja makan tengahari kawan2 sepadang.
Pesan penghantaran pizza atas talian sahaja.
Penulis minta bantuan sekretari N untuk pesanan.
Bila penulis beritahu tidak perlu keluar makan, mereka pun gembira.
Tapi superintendent Ooi (bukan nama sebenar) kata dia puasa hari ini. Tapi boleh makan sayuran sahaja. Penulis kata ada order veggie lover. Superintendent Ooi (bukan nama sebenar) kata orait. Superintendent Ooi (bukan nama sebenar) beragama Buddha tegar.
Pizza sampai tepat jam 12.
9 daripada 11 dalam kumpulan kami sahaja yg ada.
Masa makan2 Sekretari N sibuklah pula. Jadi kami makanlah dahulu
Usai makan adalah 2 kotak pizza lagi tinggal. Tapi Sekretari N pula kata dia tak makan daging (sebab sudah habis dimakan.) Lah, dia pun tidak beritahu awal. Sekretari N beragama Hindu tegar.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
berkenduri sesekali Alhamdulillah
ReplyDeleteWaduhhh..saya buat pizza je untuk anak2. Dah lama tak order..
ReplyDeletekesian puan secretary, nampaknya arini wak kene belanja secretary N pizza lain
ReplyDeleteAllhamdulillah... Sedapnya. Ni gaya memotong rumput high class...
ReplyDeletetu dia setelah memotong rumput yang tandus..ade ke rumputnya tu wak?
ReplyDeleteSemoga sentiasa dilumayankan rezekinya
ReplyDeleteSesekali makan pizza ok jugak
ReplyDelete