Wednesday, 25 January 2017

NAK BELI KERETA PUN PERLUKAN SURAT MASUK ISLAM



Pagi semalam penulis telah menghantar anak wedok tingkatan empat itu untuk membuat rayuan ke SM Teknik Johor Bahru. Bila penulis tiba diperkarangan sekolah, hujan renyai-renyai sahaja. Bila tiba dikaunter pejabat dan bertanya borang rayuan masuk sekolah, ahkak J kerani terkial-kial juga mencarinya. "Wak kena dapatkan pengesahan semua sijil dan dokumen ya, nanti dah siap leh datang sini lagi," kata ahkak J (bukan nama sebenar) yang tergesa-gesa hendak keluar dari pejabat. Tapi penulis masih samar dan bertanya ahkak J yang sudah membuka pintu pejabat untuk keluar. Mujurlah ahkak J kembali dan cuba terangkan pada penulis akan segala salinan dokumen termasuk salinan sijil haruslah mendapatkan pengesahan dari pihak sekolah anak wedok yang sekarang. Tiba-tiba abam kerani yang agak kanan (baca, senior) dalam kaunter itu menyampuk, "tak perlu pengesahan ni Wak, rayuan je kan?" Aiyah! Terperanjatlah juga penulis, tapi berasa lega sebab tidak perlu berlarian ke sekolah anak wedok dan kembali lagi semata-mata hendak memohon rayuan. "Tapi," kata abam kerani itu lagi, "asrama kami dah penoh. Kami boleh terima anak wedok wak ni, tapi kena berulanglah dari rumah." Itu masalah lain. Bayangkan kalau penulis mengikut kata ahkak J itu yang perlukan pengesahan dari pihak sekolah yang sangatlah jauh disana disana kemudian bila sudah dapat pengesahan dan kembali ke kaunter SM Teknik itu mendapat jawapan yang sama. Bengang kan?

Semalam tengahari pula penulis sudah menghantar isteri penulis (yang itu) ke Maybank Taman Suria untuk menandatangai surat perjanjian pinjaman kereta Myvi Advance yang baru ditempah kelmarin. Maybank Taman Suria ini hanya menguruskan aktiviti pinjaman kereta sahaja. Bila sudah dipanggil, isteri penulis kena tunggu lah pula lebih 40 minit untuk mereka mencari dokumen tersebut. Aiyah. Ingatkan bila mereka telefon dan suruh datang, kita cuma turunkan tandatangan sahaja. "Isteri wak ni kena bawak surat masuk Islam ya," kata mamat kaunter bank itu pula.

Nota lalat. Untuk baca entri Pengalaman Membeli Kereta Perodua Myvi Advance Baharu, sila senggol di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

21 comments:

  1. Alasan2 yg sukar nk diterima kan wak...mesti wak bengang xterkira heh..heh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bengang la sangat kakPah wehh., hahar2

      Delete
  2. Hahhahhaa... yang benar Wak!?
    Macam hendak bernikah pula ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eyh mkcik mrsA, bernikah lagi senang kan mkcik.,

      kannns .. hahar2

      Delete
  3. yg satu macam law firm satu pulak macam jabatan agamaye?
    Macam-macam birokrasi - inilah Malaysia negaraku nan indah huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan je birokasi mkcik purvit tuhh., kuasa ditangan mereka., huhu2

      Delete
  4. tu pinjaman islamic la tu kotkan ...

    motif entry ni ...sy paham bakpe tak ckp awal2 dan bg makklumat secara tepat supaya tak la menyusahkan pelanggan ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo iye ke, maksudnya org bukan Islam takleh guna pinjaman islamic keew., hrmmm

      Delete
  5. Mereka tak bersedia dan biar pelanggan tunggu lama. Tak profesional. Nak kena tunjuk bukti tukar agama? Waduhhhhh apa ni!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tular mkcik Anis, ingtkan dh call soh datang, bila dh dtg dok kerusi kat kaunter tu tingal sain jeeer., rupanye kene tungu dorg cari dokumen lagikk., huhu2

      Delete
  6. huhu..macam3 kerenah..sabar je la yee

    ReplyDelete
  7. I think isteri wak yang itu mcm muka mualaf. Orang bank konfius pasal kaitan antara mualaf dgn pinjaman islamik..hehe.

    Nota kaki: Nasib baik muka wak macam Jawa Singapore. Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan 'macam' tapi memey mualaf ye cikKak intan bling bling tuuu., dorg tenok nama ic bukan islamik tapi cakap mcm melayu dan pakai tudong, tu yang dorg saja mintak barang mcm2 .., alasan dorg nak updet data dlm sistem lah sangat., OTL

      Delete
  8. Aduhhhhhh..
    Pening lalat di buatnya wak..
    Saya ni dah naik 5 borang rayuan di isi wak..
    Kata sekolah masih ada kekosongan..
    Yang pihak meluluskan tak lulus2 kan jugak..

    ReplyDelete
  9. leceh jugak yeh. ke diorang saja-saja melecehkan. aiyo!

    jom baca pasal Orang Dewasa dan Ubat Cacing.

    ReplyDelete
  10. anak mix.. mesti cantik2 dan hensem2.. :P

    ReplyDelete
  11. Banyak pulak cengcong nak itu ini ye wak,..

    ReplyDelete
  12. Huhu... nak buat loan pun susah... huhu

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly