Saturday, 4 March 2017

HUJAN AIR DI PASIR GUDANG

To see the BIG ship, please hover your mouse! Jangan cakap wak tak payung.
Salam pagi Sabtu kawan-kawan penulis semua-semua lah.
Penulis kena kerja potong rumput hari ini. Tiada kerja tiada gaji maa.
Nampaknya hari ini penulis bertugas seorang diri sahaja di tempat jin bertendang ini. Kerana rakan-rakan sekerja lain kan suami mingguan (baca, weekend husband) terpaksalah mereka pulang kepangkuan isteri sambil membayar bil air masing-masing ya. Lol.

Cerita lain lalat.

Untuk baca entri terdahulu tentang suami jangan jadikan isteri seperti orang gaji, sila terjun di SINI. Jadi, penulis telah memesan beg habuk untuk penyedut hampagas di laman sesawang Lazada itu dengan segera. Tapi apakan daya, buah cempedak dah menjadi nangka, kesilapan penulis sendiri yang tergesa-gesa (gelojoh) dan kurang periksa, maka penulis telah memesan beg habuk yang salah. Padan muka penulis. OTL

Kelmarin, penulis sekali lagi memesan beg habuk untuk mesin pembersih hampagas, Panasonic MC-CG333, selepas membaca buku manual yang dilampirkan. Beg habuk yang betul hanyalah Type C-13 berharga RM34 sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Original Dust Bag ordered from Lazada.

5 comments:

  1. Jauh betul tajuk entri dgn cerita ya wak 😆😆
    Penyedut habuk yg bgmn wak oder tu...
    Cer selpi sikit dgn penyedut habuk..
    Sampai re oder pulak tu..

    ReplyDelete
  2. TAJUK LAIN CITER LAIN YER WAK

    ReplyDelete
  3. Nasib baik tak hujan air batu kepal wak.

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat