Awal bulan ini penulis pernah memesan mee bandung udang galah ππ€π€ atas talian yang ditemui dalam kumpulan wassap (baca, whatsapp group chat). Penghantaran sehingga ke tangga rumah.
Kelmarin tengahari, penulis teringin hendak memesan lagi mee bandung udang galah ππ€π€ itu sambil membelanja 17 orang rakan2 sekerja tempat penulis memotong rumput ini. Pesanan beserta mangkuk plastik, sudu dan garfu π΄π΄π΄.
Gambiran lama mee bandung udang galah ππ€π€ diatas penulis paparkan tetapi diambil dirumah yang dahulu. Kelmarin tidaklah mengambil gambiran gambar2 rakan2 penulis kerana penulis agak sibuk melayan mereka. Kesemua mereka berpuas hati nampaknya. Jadi, usai menjamah selera, penulis pun hantarlah mesej ucapan terimakasih diatas penghantaran dan memberitahu penjual bahawa kesemua rakan2 penulis berguling-guling kepedasan dan berpuas hati dengan kualiti dan cita rasa mee udang ππ€π€ tersebut. Tetapi tidaklah penulis sangka, buah cempedak nak jadi nangka. Jawapan yang penulis terima agak berlainan. Abam penjual menjawab,
"trm ksh byk Wak, nk tnye Wak.. kat syarikat Wak keje bhg apa? klu ada lubang keje safety kosong, rekemen2 lah kat sy.. lama dah ambik course, tp x dpt2 lg job tu π. Sy keje jaga budak indon kat site je Wak... dulu tentera."Blog bukanlah hakmilik kekal.
Wak kena tolong tu..sedapnya dpt mkn mee dgn udang besar berenang dlm kuah tu
ReplyDeleteMee udang! Nak!
ReplyDeleteSaya suka mee bandung. Sila belanja saya. Terima kasih.
ReplyDelete