Wednesday, 29 March 2017
SIGNING SPA AND GETTING 10% DEPOSIT
Tengahari tadi, Khamis 28/3/17, penulis telah berlarian πππ ke pejabat peguam di Bandar Dato Onn untuk temujanji dengan pembeli flat rumah murah. Ada dua kekalutan pada urusan hari ini.
Satu. Penulis hanya perasan setelah menandatangani kesemua surat perjanjian SPA (baca, Sales Purchase Agreement) bahawa ejaan nama penulis tidak ditaip π dengan betul seperti didalam mykad penulis. Alasan ahkak peguam, "tuari kami tak dapat ic wak lah!" Penulis minta tukar dengan nama yang betul. Tunggu lagi 13 minit.
Dua. Peguam ini haruslah menghormati waktu rehat tengahari untuk makan πππ. Tidak boleh berurusan di luar waktu pejabat dan juga waktu rehat. ⏰⏰⏰ "Dont mix business with pleasure," katanya. Haruslah berurusan di waktu pejabat SAHAJA.
Tiga. Semalam penulis sudah beritahu pembeli bahawa penulis tidak akan sain surat SPA sekiranya tidak dapat 10% duit cengkeram. Tadi, peguam maklumkan bahawa baki duit cengkeram akan dibayar pembeli selepas permohonan KWSP pembeli untuk pinjaman bank 100% diluluskan. Silap penulis tidak tegas, sepatutnya penulis boleh tidak mahu sain SPA. Tapi penulis ikut sajalah arus dan sain kesemua dokumen SPA yang telah tersedia. Tiba-tiba pembeli kata dia ada bawa duit cengkeram yang baki itu. πΈπΈπΈ Gumbira lah hati penulis. πππ
Nota lalat. Urusan jual beli flat rumah murah ini sudah berjalan hampir setahun dan hampir selesai. Tiada ejen hartanah terlibat semasa urusan jual beli ini.
Nota kronologi masa pembelian flat rumah murah ini ππ, untuk rujukan:
13/11/1998 - tarikh beli (SPA), 19 tahun dahulu. Pinjaman bank: Ambank
5/10/2015 - setelah berbincang, penyewa setuju beli flat rumah murah
8/11/2015 - SUK & PTG permulaan permohonan jual beli.
28/10/2015 - selesaikan urusan cukai harta, cukai tanah, geran hakmilik di SUK & PTG Nusajaya
10/11/2015 - PTG nak salinan geran strata dari pengurusan
14/11/2015 - peguam TKK & Co Plaza Pelangi utk urusan tukarmilik strata kepada nama penulis
1/3/2016 - peguam TKK & Co selesaikan kes original strata title geran.
16/5/2016 - SUK luluskan permohonan PERTAMA. KESILAPAN - harus terus pergi ke PTG utk kelulusan pula. Demm.
*kesilapan besar disini ialah bila pembeli melantik loyar yang tidak buat kerja. Hanya 6 bulan surat SUK laku, akhirnya terbatal kerana tamat tempoh.
2/1/2017 - surat pembatalan pertama oleh SUK diluluskan
9/1/2017 - penyerahan dokumen permohonan KEDUA dikaunter SUK
26/1/2017 - dpt surat SUK, pergi ke PTG serah dokumen
12/2/2017 - dpt surat kelulusan PTG yang ditunggu-tunggu
3/3/2017 - bank loan pembeli diluluskan
28/3/2017 - sign SPA dgn pembeli dipejabat peguam, dan 10% deposit
Updated: 17/8/2017 - peguam menyerahkan cek baki bayaran π²π²π²- alhamdulillah, case closed.
Nota pengajaran. Urusan jual beli tanpa ejen ini mengajar penulis banyak perkara. Yang penting, dokumen berikut harus diselesaikan, mengikut turutan kepentingan:
1. Geran hakmilik strata (rumah flat berkelompok) sudah ditukar ke nama penjual.
2. Selepas mendapat kelulusan SUK, haruslah terus ke PTG bersebelahan saja utk mendptkn kelulusan Pejabat Tanah pula.
3. Bil semasa spt cukai harta (majlis), cukai tanah (pengurusan) haruslah terkini
4. Dokumen peribadi penjual (spt ic dan SPA rumah lain) dan pembeli (dan isteri) spt ic, surat beranak, payslip, pengesahan majikan, penyata KWSP dll.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
2 comments:
Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.
Majulah Sukan Untuk Negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kalau mampu lakukannya elok urus sendiri xyah susahkan sesapa
ReplyDeleteBetter buat tanapa ejen sbb mahal tau byr ejen tp semua murah laaa byr je settle
ReplyDelete