Thursday, 31 August 2017

MERDEKA KE 60

"Jangan mengaku sudah MERDEKA, kalau ngeteh MASIH dilarang isteri."

Pada tahun 1909, berlakunya perjanjian British-Siam dimana Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang selama ini dibawah pemerintahan Siam akhirnya diserahkan kepada British, manakala Setul (Satun) dan Patani terus berada dibawah pemerintahan Siam.

Tetapi pada tahun 1943, apabila Jepun menguasai Tanah Melayu, Jepun telah memulangkan semula Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Thailand sebagai tanda ucapan terima kasih kepada kerajaan Thailand kerana membenarkan dan memberi kerjasama kepada Jepun ketika mereka melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu. Bagaimanapun pentadbiran kerajaan Thailand di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis berakhir setelah Jepun menyerahkan kalah kepada pihak Berikat. pada 15 Ogos 1945. Ini bermakna Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis dibawah pemerintahan Thailand selama 2 tahun.

Pada 31 Ogos 1957, sebuah negara bernama Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri daripada 11 buah negeri seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Pahang, Terengganu dan Kelantan akhirnya mencapai kemerdekaan.

Pada 16 September 1963, sebanyak 3 buah negara lagi menyertai sebuah gabungan negara baru bernama Malaysia iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura bersama 11 buah negeri yang lain. Dan Sukarno mengisytiharkan kempen 'Ganyang Malaya' gara-gara Sarawak sertai Malaysia dan menjadi penyebab mengapa rakyat Indon dan Malaysia bergaduh sesama sendiri sehingga kini. Akhirnya pada 9 Ogos 1965, Singapura disingkirkan daripada Malaysia dan menjadi sebuah negara berdaulat.

Walau apapun, Terima kasih jugak kepada British kerana berusaha mendapatkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis walaupun susah nak dapatkan daripada Thailand, walaupun British jugak pernah berusaha nak dapatkan Pattani dan Setul sekali namun gagal. Kalau tak, kita nak pergi Langkawi pon kena ada pasport, nak ada beras tempatan pon susah sebab takde negeri jelapang padi dan mungkin kita tak kenal apa itu keropok lekor, nasi kerabu, satar dan budu.

Source: internet.

Penulis ingin mengucapkan salam hari merdeka ke 60. Hati-hati di jalanraya. Kalau takut dilambung ombak jgn berumahtanga 2 3 4 ditepian pantai. Majulah sukan utk negara. Amin ya robbal alamin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

4 comments:

  1. Macam mengopi aje..hehe
    Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 60

    ReplyDelete
  2. kahwin 2 dah bonus..hehehe

    jiwa merdeka dangan tahap kewangan mantap..

    aamiin

    ReplyDelete
  3. selamat menyambut hari kemerdekaan Wak..syukurlah, kalau tak, nak ke pasar siti khadijah pun kena pakai passport..

    ReplyDelete
  4. Wah bagus info ni...cukup padat.Terima kasih berkongsi.

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly