Saturday 12 August 2017

SIAKAP GORENG BODOH DAN BORONG KAIN LANGSIR DI MASAI

Udang Goreng Butter | Kedai Makan Rahmat Siakap Goreng | Kampung Pasir Putih 2017

Tengahari tadi, dari padang memotong rumput, penulis pulang kerumah mengambil kaum kerabat terus ke Kampung Pasir Putih untuk makan tengahari. Cuma anak wedok yang sedang bekerja hingga ke petang sahaja yang tidak bersama-sama.

Untuk baca entri lama makan di kedai Rahmat Siakap Goreng, sila ratah di SINI.

Usai makan tengahari, penulis pun singgah di kedai langsir Masai kerana isteri penulis (yang itu) hendak menukar langsirnya yang lama. Sebenarnya semalam penulis sudah mengajak isteri penulis (yang itu) untuk ke Nilai 3 kerana pemotongan langsir boleh disiapkan pada hari yang sama. Tapi cadangan penulis itu ditolak mentah-mentah kerana jarak dua marhalah yang jauh. Setelah hampir 2 jam membelek dan memilih jenis kain dan corak langsir di situ, akhirnya berjaya juga menempah. "2 minggu lagi siap wak," kata ahkak jurujual disitu.

Untuk baca entri lama tentang Masai Langsir (May 2010), sila selak di SINI.

Nota peribahasa lalat. Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. Maksudnya, he that will lie will steal.
Berenang-renang ikan Siakap, Ikan emas ada dikali, Jadi orang jangan banyak cakap, Banyak kan orang menjauhi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Family luncheon | Kedai Makan Rahmat Siakap Goreng | Kampung Pasir Putih 2017

Kedai Langsir Masai 2017

Kedai Langsir Masai 2017

Kedai Langsir Masai 2017

6 comments:

  1. Harap2 tak jadi bodoh kerana memakan ikan siakap goreng bodoh tu.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya corak langsir tu...nampak mewah & klasik!

    ReplyDelete
  3. Yang bodoh tu la yg sedap. Makan dgn sayur lemak tu fuh mabeles

    ReplyDelete
  4. ehh boleh la try nanti makan siakap goreng bodoh tu..janji ada sambal blacan dan cilipadi kicap..memang 2pinggan nasi boleh pegi ni..hehe

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah 2 minggu lagi berlangsir baru ya Wak..,

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat