Monday, 14 August 2017

SHOPPING TILAM ANAK DARA LAH PULAK

Lavino Furniture | Jalan Dedap 3 | Johor Jaya 2017

Pagi Ahad penulis sudah berlarian ke Jalan Dhoby kerana tujuan mendapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah untuk borang dan dokumen anak lanang yang hendak masuk ke universiti. Dan juga borang pengesahan masuk islam isteri penulis (yang itu). Updated: Isteri penulis yang itu dengan anak lanang remaja pergi ke JPN Setia Tropika, pegawai suruh isi borang yang baharu dan dapatkan pengesahan pesuruhjaya sumpah disitu. Akhirnya, jam 9.09am, pagi Isnin, isteri penulis yang itu whatsapp kata urusan tukar mykad baharu sudah selesai. "Dah siap, kena tunggu 1-3 bulan," katanya ceria. Ok lah tu.

Dalam perjalanan pulang ke gagang, penulis singgah di kedai perabot Johor Jaya mencari tilam spring dan gerobok untuk anak-anak wedok. Shopping tingkap saja orang kata.

Nota lalat. Semalam penulis sudah menempah seekor lembu untuk ibadah qurban sempena raya haji tahun ini. Semoga dipermudahkan dan dirahmati. Amin ya robbal alamin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

3 comments:

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat