Friday, 11 August 2017

WHEN EXACTLY DOES OLD AGE BEGINS



Pagi tadi ada perbualan antara penulis dengan abam matcha yang duduk di meja sebelah.

THI: Sekejap je dh masuk opis. X sedar smlm balik kol 5, skrg kol 8 masuk opis semula.
Penulis: Kannn, time flying fast.
THI: Yep, skjap je dh rasa tua. Ramai kawan2 dh takde. Bulan lepas je dekat 10 orang kawan saya meninggal.
Penulis: Samalah, ramai dh kawan2 yg kita kenal pegi meninggalkan kita.

THI bercerita pengalaman dia masuk hospital tahun lepas. 22 hari kena masuk wad. "Banding dengan hospital swasta, hospital kerajaan punye servis better," katanya, "makan sedap, walopon orang tgh sakit, pagi makan, tengahari makan, petang minum, malam makan lagi. Layanan misi2 pon tiptop sentiasa ada jaga kita." Selama beliau hidup, itu pengalaman pertama THI masuk hospital. "Bayar bil pun murah, tiga hinggit lima posen saje," katanya. "Kalo hospital swasta, dulu my wife masa pregrant kene muntah2, lima hari warded dah kene nam belas hibu," luahnya lagi. "Tak boleh claim insurance sbb kes pregnant tak cover," keluhnya, "guna kad kredit 3 tahun baru je habis bayar. Servis pun tak bagus, takde sape yang jaga patient, nurse pun tak cukup kakitangan, tak macam hospital kerajaan." "Dulu walopon sy tak suka kerajaan yg memerintah, ramai ckp macam2 tak bagus psl kerajaan, tapi bila sy masuk hospital kerajaan, sy rasa beruntung pulak, sy kene bercukor" kata THI dgn senyuman. "Bapak saya dulu dia keje kerajaan, pencen penuh dh 25 tahun, tiap2 tahun dpt bonus," ceritanya lagi, "kita yang keje swasta ni kais pagi makan pagi je." Penulis pun cerita juga pengalaman bayar bil isteri penulis yang itu bersalin kena bayar tiga empat hibu hinggit. Kalau bersalin kat hospital kerajaan, bil baru tiga poh empat hinggit. Banyak kan beza?

Nota lalat. Pasal tajik, "pada umur berapakah kita dipanggil tua?" Penulis rasa pada umur 66 tahun, boleh?

Nota lain lalat. Ustaz Azhar Idrus baru saja bernikah dengan isteri nombor 4. Kalau semua perempuan nak berkahwin bermadu dengan isteri ustaz, habis siapa pula nak bernikah dengan lelaki yang biasa-biasa yang bukan ustaz kan? Kanns.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

9 comments:

  1. Dah tumbuh uban tu tanda2 tua la. Kalau ikut Nabi Muhammad wafat umur 63 jadi umur tu dah kira tua sangatlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi ade je budak2 sekolah remaja yg dh tumbuh uban., hahar2

      Delete
  2. hmmm... makin lama kita makin berusia.... mia rasa 50 tahun dah kira tua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. umur pencen keje kerajaan 55 tahun kan sekarang., kalo dh tua patut xyahla keje., kann

      Delete
  3. 50 kalu raut muka mcm 18 ttu org kata remaja purba ;-)

    ReplyDelete
  4. Kan main wak duk kira usia tua pulak ya..selagi boleh jln sana sini muda lagilh tu

    ReplyDelete
  5. tua ni relatif..budak tingkatan 5 rasa dia tua banding dengan budak darjah 5 etc. Huhu

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly