Tuesday 18 January 2022

THIS IS TAKING FOREVER

Eating a red apple today @2022

 Selasa.
Doha, Qatar.

Ini adalah entri 10 hari terkebelakang ya kawan2.
Jangan cakap wak TAK bagitau.

Semalam wak sudah tanya pada EPH si mamat India Logistik itu.
Samada wak boleh berangkat ke offshore esok, yakni hari ini.
Sampai sekarang (sudah 24 jam) pun EPH masih senyap.
Yo wes lah.

Ooh.
Tadi wak order nasi goreng ayam.
Tidaklah sesedap mana.
Seperti biasa makan separuh untuk esok.
Disebabkan itu, tiba2 wak teringin nak makan nasi goreng kampung pula.

Cerita lalat lain.
Pasal RFID dan kad Touch and Go yg sedang heboh sekarang di tanahair.
Ada rakan FB update status dia, begini.

RFID vs T&G
Semalam driving di KL mengunakan RFIDyg aku dah guna di JB selama hampir 2 tahun memang mantap dan selamat. Tiada kes tersangkut dan tak perlu beratur panjang...Aku dulu beli di Petron Pasir Gudang dan pasang sendiri di cermin depan sebab malas nak beratur guna T&G di Tol Desaru dan bersaing dgn lori dan petang bila waktu puncak ramai balik dari resort Desaru dan Rapid Pengerang.
Pada masa tu tak ramai yg guna RFID so lorong tu memang tiada kenderaan..Apa2 pun kad T & G sentiasa ada untuk back up. Bagi aku lebih mudah guna RFIDni sebab aku boleh check balance dlm E Wallet dan top up siap2 pastikan duit cukup untuk Toll etc. sebelum perjalanan.
Tapi saya hairan kenapa Malaysia tidak guna sistem ERP ( Electronic Road Pricing) macam Singapore...cuma scan dari gantri palang atas. Tak perlu bangunan,palang dan kakitangan boleh di minimakan jimat kos. Malaysia ni ketinggalan dlm sistem ... harap bangunan jer tinggi... tapi benda2 dibawah banyak yg tak settle...

Jadi wak letak commentlah begini.

Biasalah kita kagum dgn negara yg lebih maju dgn kita, begitulah juga org indon kagum dgn sistem TNG kita dan mereka pelik sbb motor bisa masuk hiway #DontLookUp

Tak sampai 5 minit, mesej wak kena banned. Hahaha.
Wak sengaja letak sini untuk kenangan sahaja.
Harap tuan punya post FB diatas tidak baca blog merapu wak ini. ;p

Sambil itu.
Untuk Unknown (silent reader)  - terimakasih daun keladi. ;p
Lain kali jangan buat lagi .. taww

Blog bukanlah hakmilik kekal.

3 comments:

  1. lama tk mkn epal...isu rfid vs touch n go mmg hangat tp PM dh announce rakyat bole memilih cuma akan mansuh berperingkat juga nanti

    ReplyDelete
  2. puji negara lain tak salah. kritik negara sendiri pun tak salah. yang salahnya bila cepat sentap tapi nak main socmed. haha

    ReplyDelete
  3. tak reti main socil media la tu asyik nak sentap je..padahal statement dia yang mengundang org tinggalkan komen kecam dia...

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat