Sunday, 23 January 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 2

Somewhere between Iran and Arab Peninsular this morning @2022

Pagi tadi (5.15am) sarapan awal di kantin.

Banyak kerja harus dibuat hari ini.

Pukul 7.15am ada induction course lagi.
Kali ini AWI yg bagi ceramah pasal keselamatan.

Dalam jam 10am, matsalleh ARL ajak ke platform G.
Sebab nak periksa bumper yg akan di buang.

Pukul 11 lebih makan tengahari.

Pukul 1 lebih wak kena noon nap.
Kalau AWI tahu mesti kena perli nih.

Tapi esok wak kena pergi ke lokasi C pula.
Kena naik bot.
Bosskur sudah bising.
Sepatutnya wak masa sampai terus ke lokasi C.

Ooh. 
Tadi wak dah sound mamat India cleaner itu.
Sebab masuk bilik orang tidak mengetuk pintu.
Dia geleng2 kepala tanda setuju.
Tapi sebelum itu wak ada minta tisu jamban dan tisu kotak.
Dengan segera dia pun membawa tisu datang ke kamar.

Cerita lalat lain.
Sekarang wak kongsi kamar ini dengan uncle dari India beragama Hindu.
Wak tahu sebab ternampak kalendar gambar dewa berkepala gajah tergantung dialmarinya.
Semalam dia benarkan wak guna satu2nya meja dalam kamar.
Sebab kerja dia di pelantar sahaja.
Wak ada beritahu tadi.
Esok wak akan ke lokasi C.
Wak beritahu juga nak tinggalkan beberapa barang.
Dia tak kisah.
Lepas ngobrol2 tadi, tiba2 dia hadiahkan wak kain pelikat India.
"Wak boleh pakai kain ini untuk solat," katanya sambil geleng2 kepala juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

12 comments:

  1. cantik gmbr no 3 view dr kapal di waktu malam

    ReplyDelete
  2. saya terbayang uncle India tu geleng-geleng kepala. Adeh.

    ReplyDelete
  3. kitaorang pun tergeleng-geleng kepala ikut uncle india tu.
    stay safe wak dimana sahaja anda berada...

    ReplyDelete
  4. Uncle tak boleh ni.... mabuk laut! huhu

    ReplyDelete
  5. Saya pulak yang tergeleng kepala sambil membaca 😂
    Untunglah wak, baru hari kedua dah ada orang kasi souvenir.

    ReplyDelete
  6. Ramai orang asking. Hehe selamat ke lokasi C.

    ReplyDelete
  7. Rezeki dpt kain pelikat wak. Untung! Nampak selesa tempat mengopi tu

    ReplyDelete
  8. Alhamdullilah dapat hadiah kain pelekat. Saya suka betul dengan gambar kat entri Wak.. semuanya cantik..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..uncle tu Muslim ke? semoga mendapat hidayah..

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat