Wednesday, 8 April 2015

WHERE YOU CAN FIND MANY BREASTS



Amaran lalat. Entri ini ada unsur 18SX keatas.

Pantun ini penulis temui ketika melayari internet semalam. Dalam wikipedia indon pun ada.

Kadang-kadang penulis terfikir, begitu banyak jenis pantun kita ada, timbul juga pantun yang agak lain, malah dari segi kategori pun tak pernah penulis jumpa dimana-mana buku pantun.

Kalau diamati pantun ini, ia mengisahkan seorang lelaki yang begitu ghairah terhadap perempuan. Diluahkan perasaan tersebut melalui pantun.

Di mana kuang hendak bertelur,
Di atas lata di rongga batu,
Di mana tuan hendak tidur,
Di atas dada di rongga susu,

Sakit kaki ditikam jeruju,
Jeruju ada di dalam paya,
Sakit hati memandang susu,
Susu ada dalam kebaya.

Gambiran diatas penulis ambil ketika menghantar rakan ke Pusat Perubatan Prince Court Jalan Kia Peng. Gambiran agak kurang jelas sebab tangan penulis menggigil ketika menangkapnya. Penulis dikejutkan juga dengan harga makanan di restoran ditingkat bawah. Contohnya, nasi goreng kampung berharga RM20 dan teh ais limau pun berharga RM10, sudah termasuk 6% cukai GST.

"between the breasts
of bestial
Marj lie large
men who praise" - E. E. Cummings

Nota lalat. Ini adalah entri penulis yang ke 100. Dan sudah 100 hari kita berada di tahun 2015.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

24 comments:

  1. da namanya tempat 'standard' so semuanya mmg mahallllll belaka ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mahal giler makk., sempat tenok menu je larr., huhu2

      Delete
  2. wahhh..pantun 18SX tu..hahahaha..

    ReplyDelete
  3. SS buat2 tak nampak entry ini.. Larikkkkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik SS nak lari kemana, tak sempat sy nak pujuk pujuk nak bawa lari., hihi2

      Delete
    2. Nyorok di balik selimut Wakkk... Ha Ha Ha...

      Delete
    3. selimut Wakkk? maneder? maneder? bawah selimut wak takde sape2 nih., kuikui2

      Delete
  4. hamooiii..Wak..lepas minum susu di blog SS terus up entri ni eh...patutlah pantun pertama tu JM pernah baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. susu juga yang dapat nama., hehe2

      Delete
    2. Wakkk nak kuatkan tulang tu... He He He..

      Delete
    3. nak kuatkan tulang atas dan bawah., hewhew2

      Delete
  5. rakan Wak tu ada masalah 'susu' ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo tidak, bukan masalah susu, tapi sakit urat saraf 'neurology' ke ape., huhu2

      Delete
  6. salam kenal tiga lalat..

    kalau gigil tempatnye bukan di pusat payudara.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga cik kak fifi tuu, ;p
      abes pusat payudara itu tempat utk ape erk? hewhew2

      Delete
  7. kerlasss sgt pantun tu hahhaha tesipu2 malu nk baca ^___^
    ye la dh sepital nye tarap 10bintang harus la nasi goreng je pon 20 hengget ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye mak mahal giler makanan kat situ., kopiolimauice pun sepoh hinggit jugakk ;p

      Delete
  8. Jalan-jalan jer... tak mau komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heehee ,timekaseh la mak Mrs A sudi jalan jalan jenguk blog mrapu sy yg ini juga ;D

      Delete
  9. harga setaraf hotel..mesti sedap..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntahlah mak alpakri, kalo setakat nasi goreng kampung nak sedap camane? huhu2

      Delete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat