Saturday, 23 May 2015

MIRACLE UNDER THE KL TOWER



MALAM kelmarin penulis telah berlarian ke Menara KL (baca: KL Tower) untuk merakam cahaya warna warni dari menara itu. Selepas maghrib, penulis terus merempit dan menyusuri lebuhraya Akleh dan nampak cahaya warna warni sedang bermain, yang ketika itu pukul 8 malam. Bila tiba di pintu masuk menara, jam sudah menunjukkan pukul 8.15 malam dan cahaya lampu putih saja kelihatan. Penulis telah menunggu juga kalau kalau cahaya warna warni akan dimainkan pada bila bila masa, tetapi sungguhlah penulis merasa hampa seperti buah cempedak tak jadi nangka. Kerana penulis telah tercanguk sehingga jam 9 malam namun masih tiada bayang bayang yang cahaya putih akan bertukar menjadi warna warni. Tetapi bila penulis hendak mula merempit balik, tiba tiba cahaya warna warni pun bermula. Jadi penulis turun kembali dari motorsikal dan merakamkan permainan cahaya warna warni selama 5 minit saja. Harap maafkan penulis, kerana ada sedikit gegaran pada gambar diatas yang boleh menyebabkan pembaca blog ini merasa kesan pening pening lalat (baca: vertigo).



Selepas itu penulis tidaklah menunggu lama seperti sebelumnya kerana penulis menyangka cahaya warna warni tidak akan dimainkan lagi atau mungkin dimainkan setiap awal jam. Penulis pun terus kembali menaiki motorsikal dan merempit ke Dataran Merdeka pula. Ada persiapan untuk pesta Hari Unesco Malaysia 2015 disitu. Di Dataran Merdeka juga penulis ternampaklah menara KL tadi memainkan cahaya warna warninya berulang-ulang kali. Sungguhlah mirikel.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





6 comments:

  1. menara menara kebanggaan M'sia ;)

    ReplyDelete
  2. cantik...mujur ada rezeki wak dapat merakam cahaya tu :-))

    ati2 wak merempet :-P

    ReplyDelete
  3. merempit ye wak.. jaga2, ada yg memehati.. hehe

    ReplyDelete
  4. dr zaman belajar sampai la msuk zaman kerja, tak pernah lagi jejak kaki kt menara kl. sadis sungguh. hehehe

    ReplyDelete
  5. cantikk. sepanjang hayat pernah naik sekali. tu pun sebab kakak bwk anak2 dia jalan..

    tengok jam.. teringat jam mekah.. :')

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat