Monday, 4 January 2021

KALAU TAK IKHLAS BAIK TAK PAYAH BUATLAH WAK


Itu antara ungkapan yang selalu kita dengar.
Bila kita berat untuk melakukan sesuatu.
Namun kita gagahkan juga diri untuk melakukannya.

Bila usaha kita untuk melakukan sesuatu ‘dicantas’ dengan ungkapan tersebut. Maka kita terus berundur.
Kita berrtindak meninggalkan apa yang kita lakukan.
Dalam hati kita bermonolog, “Betul juga tu, daripada aku buat tak ikhlas, baik aku tak payah buat”.

Lalu amal kita pun ditinggalkan kerana kita tidak ikhlas melakukannya.
Persoalannya, adakah kita akan sentiasa ikhlas untuk melakukan kebaikan?
Jika tidak, apakah itu bererti kita tidak perlu melakukan kebaikan kerana tidak ikhlas?


Ehh. Pasal gambar patung kerbau diatas.
Rasanya sudah lebih 5 tahun penulis tinggalkan kawasan ini.
Penulis singgah di bangunan Bank of China Jalan Ampang.
Kelmarin penulis sudah berlarian ke bank sebelahnya.
Atas urusan penggantian baharu kad kredit penulis yg rosak.

Nota lalat. Hujan masih turun 3 hari sejak hari Jumaat. Dengarnya banyak tempat di kawasan sekitar sudah dilanda banjir.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

14 comments:

  1. Kadang2 kita terpaksa juga buat walau pun dalam hati rasa tak ikhlas.

    ReplyDelete
  2. Jika untuk kebaikan, teruskan. Allah lebih tahu keikhlasan kita :)

    ReplyDelete
  3. Ya betul jugak, kadang2 orang suka bagi opinion yang kita tak mintak, lama2 terus jadi taknak buat.

    ReplyDelete
  4. sebaiknya lakukan dgn ikhlas

    ReplyDelete
  5. x ikhlas tapi terpaksa buat jugak.. pun ada wak
    tapi ikhlaskan hati lillahi taala.. insyallah biarlah allah yang menilainya

    ReplyDelete
  6. salam singgah dan follow sini :)

    ReplyDelete
  7. Perkara baik perlu dipaksa buat, biarpun tanpa rasa ikhlas.

    Kemas template blog Wak yang baru nilah. Bukan la yang sebelum ni serabut, tapi ni lebih menarik. Hehe

    ReplyDelete
  8. betul tu. setuju sangat. tak rugi pun actually buat baik ni.

    ReplyDelete
  9. Kadang-kadang buat je wak, ikhlas tu datang kemudian. Hehe.

    Wak, menjawab soalan dari wak, Eza tak pasti font mana satu? Font untuk tulisan entry ataupun font dalam teks gambar? Eza akan jawab persoalan wak nanti ya. :)

    ReplyDelete
  10. kalau solat lima waktu tak ikhlas lebih baik jangan buat adalah bisikan syaitan.

    buat dulu sehingga jadi tabiat.

    soal ikhlas datang kemudian

    ReplyDelete
  11. Biasalah tu wak, nak buat benda baik ada je dugaan supaya kita berhenti separuh jalan. Ikhlas tu insha allah lama-lama datang sendiri. Yang penting niat

    ReplyDelete
  12. nda apa.. pelan2 ikhlaskan diri..
    kita semua pernah macam tu buat something dalam keadaan terpaksa but later2 on kita ikhlaskn juga kan..kdg ingat balik senyum jgk kn, tu maksudnya kita sudah ikhlas la tu walaupun nda on the spot hehe

    ReplyDelete
  13. ikhlas ni kadang mmg kena paksa. mcm buat ibadah. kalau x krn dipaksa kita x kn buat. sbb tu umur 10 thn kalau x solat kena rotan. itu jg ada unsur paksaan. tp bila dah buat tanpa dipaksa atau disuruh, keikhlasan tu akn dtg dgn sendiri.

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat