Sunday, 6 February 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 16

Sunset yesterday evening @2022

Ahad.
Doha, Qatar.

SECOND CLASS WORKER
Malam tadi, si SAU tergesa2 cari wak.
Sebab mahu menukarkan wak ke bilik lain.
Sebab ada Deputy Manager mahu masuk.
Bilik lain penuh, katanya.

Disuruhnya wak ke bilik sebelah.
Dan dia akan pindah ke bilik lain.
Kecoh kann.

Tapi pagi tadi wak sudah riki2 bilik sebelah.
Mulanya wak tak perasan siapa yg tinggal di bilik  ini.
Tapi kadang2 terdengar juga  bunyi dengkuran dari bilik wak.

Pagi tadi juga si SAU kata wak tidak perlu pindah.
Dia sahaja yg akan pindah keluar.
Disuruhnya wak tinggal disitu dengan Deputy Manager yg baharu.
Wak rasa tidak selesa pula.
Tidak  tahu perangai Deputy Manager yg baharu seperti apa kann.

Jadi, wak beritahu si SAU.
Wak yg akan keluar ke bilik sebelah.
Dia pun tidak kisah.

THE FIRST FIRE DRILL
Usai breakfast pagi tadi.
Tiba2 bunyi siren kecemasan.
Ada fire drill pula.

Selepas fire drill.
Bila wak masuk ke bilik yg baharu.
Baru tahu uncle yg tinggal di bilik baharu ini.
Ialah Mgr ESH.

STILL SURVIVING
Hari ini  sudah 2 minggu, yakni hari  ke 16.
Kalau ikutkan kontrak asal, wak kena berada di tengah lautan ini paling lama 56 hari.
Ada lagi 40 hari dan 40 malam sahaja.
Semoga dipermudahkan urusan.
Aminn.

Dan ini masih entri 10 hari terkebelakang ya kawan2.

THE IMPORTANT T-CARD
Selepas  fire drill tadi juga.
Si SAU masuk bilik wak.
Disuruhnya tukar T-Card.
Wak pun pergi lah ke kotak di Lifebuoy 3.
Wak tengok T-Card wak sudah tertukar hijau (dari merah).
Wak pun masuk ke bilik.
Tapi masa wak nyenyak noon nap.
Tiba2 si SAU masuk bilik lagi.
Dia kata radio-man beritahu wak belum tukar T-Card.
Ooh. Rupanya kena ambil T-Card lama dan tukar ke T-Card baharu.
Nasib baiklah juga si SAU cakap sorry.
Sebab  wak kan sudah tukar bilik.
Terkejar2 wak pergi ke Lifebuoy 3 tadi.
Dan ke Gangway untuk ambil T-Card lama.
Dan pergi jumpa dengan radio-man untuk tukar nombor bilik yg baharu.

Kamus lalat.
Riki2 - ushar atau lebih advancenya "a local survey" atau "explorasi mengenal keadaan tempat yg hendak diriki

Blog bukanlah hakmilik kekal.


7 comments:

  1. Harap roomate baru baik-baik aje

    ReplyDelete
  2. Oh, jadi selama 56 hari ya mas berada di off shore ini? :) Semoga segala urusannya dimudahkan Allah SWT aamiin.

    ReplyDelete
  3. Kalau di perantauan kita akan kira hari yang tinggal.

    ReplyDelete
  4. Semoga dipermudahkan Allah urusan Wak untuk 40 hari akan datang.

    ReplyDelete
  5. life jacket kat pelantar macam tu ek!..belakang boleh letak kotak tisu..

    ReplyDelete
  6. harap roomate baru wak okaylah dan bukan si pendengkur yang wak dengar hari hari tu.

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat