Sunday, 20 February 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 30

Cloudy sunrise this morning @2022

 Ahad.
Doha, Qatar.

ROOMMATE FROM HELL
Biasalah setiap pagi wak akan dengar alarm clock si SAU.
Ini disebabkan dinding bilik tidak kedap suara.
Pagi tadi nampaknya alarm clock si SAU awal.
Wak terbangun juga bukan disebabkan bunyi alarm clock itu.
Tapi masa itu time dan sudah waktu terjaga.
Lagipun Egr ESH sudah bangun, sudah mandi.
Dan Egr ESH sedang baca kitab Hindu dia sambil berdiri dan bertuala mandi sahaja depan locker dia.

Wak masih lagi lepak atas katil.
Tiba2 bunyi - "bok bok" dari bilik sebelah.
Dan alarm clock si SAU masih berbunyi dari tadi - biasalah.
Dan bunyi lagi - "bok bok" seperti roommate si SAU tendang katil dia begitu.
Tapi bunyi alarm clock masih berkumandang.
Last2 wak dengar roommate si SAU kejutkan dia juga.
Hahaha.

CLOUDY SUNRISE
Pagi tadi wak perasan langit tidak selalu cerah.
Awan tebal dan matahari terbit pun tidak kelihatan.

CHATTING WITH NIGERIA OFFICER
Semalam wak sudah berkerja potong dalam bilik pejabat itu.
Duduk sebelah mamat Afrika dari Nigeria.
Wak pun mula sembang2 .
Wak cerita di Malaysia  dulu pun ramai orang2 Nigeria.
Ramai yg datang guna visa pelajar lah sangat.
Mamat JUB ini pun layan sembang juga.
Dia tahu ramai orang2 Nigeria di  Malaysia.
Dan ramai yg datang buat aktiviti haram.
Ramai yg kena tangkap dan dihantar pulang.
Memalukan rakyat Nigeria sahaja, katanya.
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Bila ditanya pasal agama.
JUB menjawab, "I'm human."
Datuk nenek moyang dulu agama Islam.
Tapi mak bapak sudah jadi kristian.
Begitu juga dengan isteri beliau kes kahwin campur.

KANCHANABURI
Petang tadi masa wak di pantri bersebelahan pejabat.
Ada mamatsalleh ini tegur baju t-shirt yg wak pakai.
Baju T-shirt Kanchanaburi Thailand yg orang lain hadiahkan.
Matsalleh ini memang tinggal di Thailand, tapi sebelah utara dekat sempadan Laos.
Dia sudah ada keluarga disana.
Bila wak google sekejap tadi.
Kanchanaburi ini tempat bersejarah terletaknya jambatan maut perang Jepun dahulu.

TIME TO GO HOME
Sebelum borak dengan matsalleh Thailand tadi.
Wak borak2 juga  dengan RIS di pantri itu.
Dia  kata mahu pulang lusa.
Bila ditanya berapa lama sudah di tengah lautan.
Dia  kata, "dah lebih 60 hari wak. Dah berkarat nih."

Dan hari ini juga hari ke 30 wak di tengah lautan.
Lama lagi nak balik kampung.
Semoga dipermudahkan urusan.
Aminn ya robbal alamein.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

5 comments:

  1. 30 hari tu kejap jer wak..kalau banyak aktiviti/bz dengan kerja..hehehehehe

    ReplyDelete
  2. Garangnya roomate baru SAU. Wak dulu takdelah sampai tendang katil

    ReplyDelete
  3. tabah lah wak hadap hari2 dengan alarm tu.

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat