Saturday 12 February 2022

OFFSHORE LIFE 2022 - DAY 21

9hb Rajab 1443H @2022

Jumaat.
Doha, Qatar.

Assalamualaikum kawan2 wak blogger semua2 lah.
Hari ini hari Jumaat ketiga wak di tengah lautan tanfa tefian.

WHY IS MY EYE RED
Sejak pagi kelmarin bila bangun dari tidur.
Wak nampak mata sebelah kiri jadi merah.
Walaupun tidak sakit tapi terasa juga gatal2.
Bila wak tanya dengan pakcik google.

" Mata merah biasanya disebabkan oleh alahan, keletihan mata, kanta lekap (contact lenses) yang terlalu memakai atau jangkitan mata biasa seperti mata merah jambu (konjunktivitis). Walau bagaimanapun, kemerahan mata kadangkala boleh menandakan keadaan atau penyakit mata yang lebih serius, seperti uveitis atau glaukoma. "

Tapi tiadalah disebut kerana kerap menonton video2 terlampau.

ARAB CABLE MOVIES
Masa wak di bandar Doha kelmarin.
Dalam apartment memang ada saluran TV juga.
Tapi wak jarang tonton.
Biasa wak download dari internet  sahaja.

Di tengah lautan ini pula.
Ada 10 saluran TV dalam bilik kabin - OSN (sama seperti Astro yg berbayar itu)
Kesemuanya menayangkan movies dari hollywood tanpa iklan.
Cuma 2 saluran sahaja tayangan dokumentari.
Dan wak perasan ada satu saluran tambahan ini.
Saluran MBC 2 dari kerajaan Arab Saudi (KSA, yakni Kingdom of Saudi Arabia).
Tayangan movies juga, tapi ada iklan.
Cuma satu sahaja masalahnya yakni problem.
Kesemua saluran TV itu menggunakan subtitle arab.

Movie lalat.
Groundhog Day 1993
Hell or High Water 2016
Empire State 2013

Blog bukanlah hakmilik kekal.

4 comments:

  1. subhanallah cantiknya pemandangan dari pelantar. makan pun sedap

    ReplyDelete
  2. biar subtitle Arab, jgn alih bahasa Arab..poning nak faham..

    tanpa iklan ok, jgn tanpa censor..merbahaya utk perahu2 kecil..

    ReplyDelete
  3. Ok lah tu, boleh Wak belajar bahasa Arab. Hehe

    ReplyDelete
  4. Heavennya Wak tengok movie tanpa iklan cuma yang kontranya takleh gi dapur sekejap nak amik air :-)

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat