Tuesday, 14 June 2022

ANXIOUS SEEING AN OLD BOSS

Anjung Nexis Kota Damansara @2022

 Selasa, 14 Jun 2022.

Semalam ejen EIN sudah panggil (baca, whatsapp) wak.
Suruh datang ke pejabat esok (yakni, hari ini).
Seperti biasa, mula2 suruh sampai jam 10am.
Kemudian ditukar ke jam 11am.

Pagi tadi wak tiba awal di parkir dibawah pejabat.
Jam 10.30am gitu.
Tapi ejen EIN masih sibuk dengan mesyuarat lain.
Disuruhnya wak tunggu jam 12 noon.

Jam 12.02 pun masih tidak nampak kelibat ejen.
Diarahnya Mgr Hj IDI untuk makan tengahari di kedai makan Kluang Canteen dibawah.

Usai makan, Mgr Hj IDI kata kena tunggu vendor pengimbas laser.
Sempat lagi solat di surau tingkat satu.

Jam 1.30pm vendor pun sampai.
Rupanya bekas bos wak yg lama. Aiyah.

Tegang juga fikiran wak rasa.
Bos lama wak tu mula2 nampak releks sahaja.
Dibawa 2 orang pekerja dan bekas rakan sekerja wak dulu.

Usai mesyuarat dengan vendor dan klien (Pasir Gudang).
Ejen Ein ajak berbincang pasal kontrak kerja di Indon pula.
Wak dan ejen sahaja berdua di kopitiam Balut.

Habis discussion pun sudah jam 6pm.
Melayan macet mahu pulang ke rumah hinggap pun hampir 2 jam.

Kamus lalat.
Macet = Definisi : Jk 1. tidak lancar, sendat, serat: satu kali lagi hendak dilepaskan tembakan tapi pistolnya ~; 2. ki terhenti, kandas, ter­bengkalai: kalau kita ditangkap, usaha kita akan ~; kemacetan hal (keadaan) macet: impian manusia utk keluar drpd ~ hidup yg dirasakan terbelenggu oleh tradisi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Hutang Simati @2022
Full moon tonight @2022

7 comments:

  1. penat juga tunggu orang macam ni..

    ReplyDelete
  2. menunggu lagi penat dari buat kerja kan

    ReplyDelete
  3. Sambung projek potong rumput ke tu?

    ReplyDelete
  4. Begitulah kehidupan ye Wak.. menunggu.. esok giliran mereka menunggu pula

    ReplyDelete
  5. Stresslah Wak kalau berhadapan dengan macet di jalanan. Boleh tertidur...

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat