West Rider Safety Shoes (RM199) @2022 |
Sabtu, 2 Julai 2022.
Pagi wak sudah berlarian ke pekan koboi.
Pekena feveret lontong masai itu.
Tengahari wak tidak kemana.
Tapi sibuk juga fikirkan mahu tonton wayang Mat Kilau yg tengah viral.
Tapi tiada peneman pula.
Lagipun pawagam yg berdekatan semuanya full house.
Petang wak pun berlarian ke Jalan Tebrau.
Dengan bini wak (yg itu) pekena nasi ayam penyet.
Malam singgah di pekan koboi lagi.
Mencari kasut keselamatan (safety boot).
Selepas itu cuba mencari kedai pengurup wang (money changer).
"Tapi duit arab ni kami tak terima, " kata awek kaunter itu.
" Kami terima duit Sing dan Indon sahaja," kata awek itu lagi.
Yo wes lah.
Silap wak kelmarin sebelum balik dari Doha.
Wak sudah terkeluarkan duit riyal Qatar yg agak banyak.
Wak ingatkan mahu kembali ke offshore.
Mungkin wak akan tukar di KL sahaja.
Ooh, sebelum itu.
Wak sudah berjaya pasang lampu pagar yg lama terbengkalai.
Pasang sendiri dengan barang2 dipesan dari shopee.
Tidaklah sesukar mana.
Movie lalat.
Sepet 2005. (Note from the movie: all Malays are stupid? censored)
Blog bukanlah hakmilik kekal.
ensem sangat bootsnye wak
ReplyDeletecumelll..safety boots wak...brownrrrrrr....
ReplyDeleteWah smart safety boots Wak..
ReplyDeleteMacam lampu pagar rumah Mrs. A eh! tapi satu dah tak nyala.
ReplyDeleteKenapa tak ajak isteri yang itu nonton Mat Kilau Wak?