Wednesday, 27 July 2022

WORKING IN JAKARTA DAY 3

On the way to the office this morning @2022

 Rabu, 27 Julai 2022.

Dari semalam wak cuba aktifkan kad debit Maybank wak.
Mula2 guna ha-pe, kemudian guna laptop.
Pun masih tidak berjaya.

Pagi tadi wak berjalan kaki ke kantor dengan bro hisHAM dan mat kuJAI.
Mereka memang perokok tegar.
Maka berasap2 lah perjalanan wak pagi tadi.

Singgah ke kantin PLN (Pusat Listrik Negara) spt TNB.
Wak beritahu mat kuJAI bahawa wak tiada wang rupiah.
Dia kata no hal.

Tiba di kantor potong rumput, wak cuba lagi aktifkan kad debit Maybank wak.
Akhirnya berjaya.
Tapi masalah lainnya ialah problem.
Wak tidak dapat masuk portal RHB bank pula gara2 tersilap password.
Aduhai.

Penasaran mahu mencuba keaktifan kad debit Maybank itu.
Jam 9.09am wak berlarian ke kedai senang dan mudah Indomaret berdekatan.
Tapi masih gagal untuk keluarkan uang di ATM disitu.
Aduhai.

Tengahari tidak keluar kemana.
Walaupun si kuJAI ada ajak keluar.
Makan buah epal dan limau yg semalam wak beli.

Petang selepas pulang dari pejabat.
Wak terus berlarian ke Blok M Plaza mall.
Tujuan mahu beli kasut jalanan dan tukar uang rupiah yg tinggal serdak.
Beli mesin cukur rambut yg murahan tapi hampeh.

Ooh.
Masa mahu membayar harga kasut jalanan itu.
Teramatlah lama transaksi masing2 didepan wak.
Sudahlah cuma satu kaunter di kassa 1 itu sahaja dibuka.
Aduhai.

Dapat tukar uang ringgit di Money Changer lantai 2.
Kadar tukaran uang sekarang ialah 3,370.
Kemudian cuba keluarkan uang guna mesin ATM CIMB lantai 4.
Wak cari2 juga mesin ATM Maybank tapi tidak ketemuan.
Bila wak periksa kemudian, setiap pengeluaran dikenakan caj RM12 aiyah.
Dan kadar tukaran uang  yg tersangatlah murah, yakni 3,215.

Sebab itu ramai rakan disini yg menyarankan untuk memohon kad Bigpay.
Wak sudah mohon, tinggal dihantarin kerumah.

Solat maghrib di surau dalam mall.
Makan nasi geprek original yg pedas banget.

Pulang ke kost naik Grabcar.
Pemandu bangsa chinese yg gendut.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



6 comments:

  1. Patutlah orang kata kalau ke luar negara guna Bigpay, kadar tukaran lebih baik.

    ReplyDelete
  2. Selamat bekerja di sana. Moga dipermudah urusan

    ReplyDelete
  3. perghh..12 hengget...kena cari ATM maybank jg kalo mcm tu...oo..dah apply Bigpay..

    ReplyDelete
  4. Hari ni blog wak cepat loading... YEAY!

    ReplyDelete
  5. bz selalu urusannya ya pak

    ReplyDelete
  6. apalah fesyen rambut wak potong sendiri tu

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat