Sunset view from Batu Selicin, Batam @2022 |
Sabtu, 16 Julai 2022.
6.30am.
Pagi2 tadi selepas Subuh pemandu Grab sudah tiba.
Untuk hantar ke lapangan terbang Subang.
Pemandu separuh masa Grab berborak2.
Kerja di kedai Siti Khadijah.
Punya 3 anak dan isteri bekerja sebagai cikgu sekolah.
Semalam kami setuju dengan harga rm50.
Walaupun wak periksa pada apps sepatutnya rm64.
Tadi setiba di lapangan terbang, wak beri tips lebih.
Seronok dia.
10.20am.
Pesawat berlepas ke Batam dengan nyaman.
Terlelap juga wak dalam kabin tadi.
Selamat mendarat di bandara Hang Nadim airport jam 10.40am waktu tempatan.
Semasa berbaris menghadap dua barisan kaunter imigresen.
Sangatlah lambat.
Tiba giliran wak adalah insiden yg tak diingin juga.
Pegawai kastam itu tanya macam2 juga.
Tapi dia taklah bertanya pasal visa.
Nasib baik wak tunjukkan visa permit kerja yg wak sudah cetak tadi malam.
Usai urusan imigresen dan kastam.
Wak baru perasan tiada wang Indonn pula.
Tercari2 kaunter pengurup wang tapi tiada juga.
Sampai tanya pada abam TNI itu pun tidak dapat membantu.
Dipendek cerita.
Awek kaunter tempat bertanya.
Awek suruh wak ambil teksi ke Botania.
Naik teksi dengan bapak yg tua sudah.
Dari bandara ke Botania.
Dapat juga tukar wang rupiah, RM1 = 3,325 rupiah.
Wak tukar rm300 sahaja dulu.
Bila wak tanya mahu beli simcard.
Mamat jual pulsa itu minta nombor IMEI.
Rupa2nya wak kena bayar bea dan cukai pada kerajaan dahulu.
Dan kemudian baru boleh daftar nombor henfon yg baharu.
Yo wes lah.
Dari bandara ke hotel (via Botania tadi), tambang taksi = 180,000 rupiah (RM53).
12.20pm.
Tiba di hotel di Batu Selicin.
Pendaftaran juga berjalan lancar.
4.41pm.
Wak sudah berjalan2 diluar hotel.
Untuk meninjau sekitaran.
Dan mencari mall diseberang jalan.
Tapi kepayahan melintas jalan yg sibuk pula.
Yo wes lah.
6.00pm.
Bertemu dengan pekerja konsortium di lobi hotel.
Kami akan ke galangan (limbungan kapal) esok pagi bersama2.
8.00pm.
Temujanji dengan rakan sekerja semasa di Doha dulu.
Mas FIR yg sedang mencari kerjaan baharu.
Mas FIR bawa wak makan dulu di terowongan Aceh.
Wak pesan indomie goreng dengan teh O panas kurang manis.
Wak pun tidak sangka boleh datang ke pulau Batam ini.
Dalam masa 3 bulan sahaja boleh bertemu dengan mas FIR.
Kemudian mas FIR bawa wak ke tempat Welcome To Batam.
Banyaknya gerai dan orang ramai.
Tapi lampu monumen Welcome To Batam tidak hidup pula.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Oh, wak potong rumput di Batam pulak ya? Selamat selalu, wak.
ReplyDeletelama tak menyinggah blog Wak Lat. sudah sampai Batam ya. dulu sebelum pandemik memang orang Malaysia suka naik bot gi sini tapi saya tak pernah sampai
ReplyDeleteRamai orang ke batam cari isteri... betul ke wak?
ReplyDelete