Tuesday, 24 November 2015

NB 410



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 6/30
Post of the Day: 2/4

KELMARIN penulis telah membeli topi yang baharu di bandar koboi itu. Mula-mula penulis nampak topi logo jenama lain yang berharga RM29.90. Ahmoi yang bekerja disitu kata itu harga tetap. Tapi bila penulis belek-belek, penulis rasa berkenan dengan topi jenama New Balance ini kerana ada angka 410 (ehem). Bila penulis hendak membayar, penulis lihat harganya berlainan iaitu RM39.90 pula. Penulis hendak tukar ke topi logo jenama yang mula-mula tadi, tapi nyonya (taukeh) itu kata harga boleh dikurang jadi RM30. Penulis tawar lagi jadi RM25, nyonya kata setuju dan penulis pun terus membayarnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

15 comments:

  1. WAH BIJAK TAWAR MENAWAR NI..BAGUS TU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nyonya tu nak jual murah2 je., takut takde org beli pulak barang kat kedai dia., hehe2

      Delete
  2. cantik topi Wak..siap ada nombor... kira terer Wak tawar menawar..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib je mak atie ye, biasa dorg jual harga tetap., hehe2

      Delete
  3. Wahhhh.. dapat harga lagi murah.
    itu lah untungnye orang yang pandai tawar menawar.
    saya memang x reti bab tawar menawar. kalo suami saya memang pandai. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena jugak tawar, sbb dorg taukeh2 semua dh untung juta2 lemon ., huhu2

      Delete
  4. Wak.. next time CT nak shopping.. nak ajak Wak la..
    pandai tawar-tawar eh.. turun ilmu sket..

    ReplyDelete
  5. Wak ..kalau pi shopping leh ajak wak jadi juru tawar menawar..

    ReplyDelete
  6. pandainya wak tawar menawar...

    SN pandai maniskan muka sahaja...

    ReplyDelete
  7. Dapat lebih murah daripada topi yg mula2 :)

    ReplyDelete
  8. Memang rezeki wak.. dapat tawar harga murah.. ;)

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat