Monday, 9 November 2015

MIRACLE AT DATARAN PAHLAWAN PARKING LOT

"Untuk pinggang yang ramping macam Ziana Zain sahaja"

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 9/30
Post of the Day: 2/4

SELEPAS bertandang jemputan kahwin bapa saudara penulis terus ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Tujuan utama ialah mencari kain untuk kebaya nyonya isteri penulis (yang itu). Tapi bila sudah berjumpa kedai baju kebaya, beliau tidak berkenanlah pula.

Sebelum itu, ketika mencari parkir di pusat belibelah Dataran Pahlawan, hampir penulis berputus asa kerana banyaknya kenderaan diwaktu tengahari itu. Mula-mula tiba di parkir berdekatan Menara Taming Sari tiada, kemudian masuk ke parkir bawah Dataran Pahlawan pun tiada juga dan kereta2 lain pun berderet mencari parkir.

me: camane kalo dinda dgn anakanda Bo turun je cari kedai kebaya ke apa., dah pusing2 sekali tenok kete bersusun je nih?
b1n1: xmoh kanda, dinda rela kita balik je Masai lenkali datang lagik.,

Tapi bila penulis hendak keluar dari tempat parkir itu, kejadian mirikel lah sangat berlaku. Sungguhlah penulis tidak sangka, buah cempedak nak jadi nangka. Tiba-tiba saja ada sebuah pickup truck yang baru keluar, maka penulis masuklah ke parkir lot tersebut. Tapi penulis ternampak tanda logo OKU disitu.

me: nih tempat parkir orang cacatlah dinda
b1n1: kanda sila kuarlah, nnti sibuk masuk dalam fesbuk.,
me: kalo kanda kuar, nnti orglen masuk amek tempat nih sama jugak!
b1n1: pot pet pot pet

Wehh sabar sahajalah. Siapalah tidak sayang bini, tapi ada kan mak, kannns. Tapi penulis perasan juga, tanda parkir OKU logo tu sudah dicat putih diatas logo warna kuning yang lama, mungkin bukan untuk OKU lagi. Bila penulis beritahu, barulah isteri penulis (yang itu) reda sikit risau dan hilanglah pot pet pot petnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

"Nice necklace with pink dress"

17 comments:

  1. hehehhe....wife wak sama mcm sy...xsuka org normal parking tpt oku....mula la pot pet.....nasib baik tpt tu dh tuka tpt parking biasa kan....hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tular, panik sunguh orang pompuan nih kann., huhu2

      Delete
    2. bukan panik wak...tp prihatin...hihihi

      Delete
  2. emm..nampaknya isteri wak sangat2 prihatin dengan orang2 OKU..good...tak pernah pakai kebaya takat ni..hehehe..tapi cantik2 la kebaya tu wak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebaya chantek utk bodi slim mcm ziana zain sajor., kihkih2

      Delete
  3. Kena sabar banyak Wak ngan orang pempuan ini....datang jauh tak berkanan pulak.
    Orang pepmpuan pun sama kena sabar jugak ngan tok laki masing-masing...hehehe

    ReplyDelete
  4. tempat2 wak pegi tu memang payah sikit nak dapat parking lagi2 time hujung2 minggu...saya sendiri malas nak jejak ke sana pergi pon kalau ada hal yg betol2 perlu je....suami saya tak pernah lagi parking kat petak OKU jadi dia tak penah kene bebel dgn saya...kuikuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. untunglar laki mak garam gula tak penah kene bebel bini tuuu., ;p

      Delete
  5. kalu nk parking kt situ kena dtg pagi2... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm nak elak tol kene kuar pagi2 sblom subuh ke cik kak anies tuuu ., (p

      Delete
  6. org perempuan ni sgt ambil berat sesuatu perkara walau org laki anggapnya remeh temeh jer...cantiknya kebaya nyonya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tular, kene byk bersabor jugak mak kanns., kehkeh2 kebaya itu memey chantek., mak Pah xmoh try kahh?

      Delete
  7. Situ memang susah cari parking..kalau dapat, alhamdulillah..

    ohh ! orang masai ea..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masai dalam negara jer, bukan masai kat afrika yeer., ;)

      Delete
  8. Lawanya kebaya.
    tp sy xleh pakai.
    badan xcukup curve. Kih3.

    ReplyDelete
  9. Wak;

    Pakaian kebangsaan makin sehari makin hilang ... Terima kasih kerana menghidupkannya ...

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat