Saturday, 14 November 2015

YOU ARE STUPID IF YOU DO YOUR OWN LAUNDRY

Speedy Wash tokens, Bukit Belacan.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 14/30
Post of the Day: 4/4

BIASANYA kalau kehidupan penulis menjadi bujangan sementara, penulis akan menghantar pakaian kotor dan busuk ke kedai dobi sahaja. Biasa dalam seminggu sekali mencuci, siap lipat dan gosok baju kerja, upahnya ialah RM33.

Kelmarin penulis sudah merasa gatal-gatal tangan hendak menghantar pakaian kotor ke pusat layan diri cucian. Ramai juga makcik-makcik, pakcik-pakcik, anak-anak dara jelita yang pemalas, tidak rajin atau tidak mempunyai mesin pencuci pakaian dirumah sedang berada disitu.

Perkiraan penulis setelah menggunakan khidmat cucian layan diri ini ialah:

Mesin pusingan cucian (24kg, 26 minit) bernilai 11 token (RM11), dan
Mesin pengering (24 minit) bernilai 4 token (RM4).
Jadi, jumlah kos ialah RM15 tidak termasuk melipat dan menggosok baju dan seluar kerja. Masa menunggu ialah sejam. Tolak upah menggosok, bolehlah dikatakan kalau penulis membuat sendiri cucian seperti ini akan menjimatkan kira-kira sepoh hinggit setiap kali cucian. "Banyak juga tuuuu," getus hati penulis.

Nota lalat. Tajuk entri penulis dapatkan dari artikel di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dryers in progress.

10 comments:

  1. mahalnya.. sini dalam 4 hengget je

    ReplyDelete
  2. Tak berbaloi...lambat menunggu pula tu....baik buat sendiri....maklumlah...nak bilas cukup 3 kali...hehehe

    ReplyDelete
  3. Rm11... mahal ...

    Putrajaya ...
    Cuci rm4.50.
    Kering rm4

    ReplyDelete
  4. Wak ... jgn le kata pemalas...
    Titew pun ada wash machine kt rumah.

    Hrtu machne rosak... titew pun ziarah juga self service laundry tu.
    Hihi...
    Basuh cadar .. langsir ...

    ReplyDelete
  5. setakat ini hantar toto, kain gebar tebal jer gi laundry....sebb mesin kat umah kocik.

    ReplyDelete
  6. boleh dapat murah lagi wak...hehe.saya last time buat kerja laundry gini masa krisis air hari tu

    ReplyDelete
  7. Yan tak pernah guna perkhidmatan dobi lagi wak

    ReplyDelete
  8. Huh! sentap mak dengan tajuk tu...
    Wak!!! kalau baju kerja memang tak sessuai kot.
    Tapi kalau baju hari-hari anak-anak ok lettew...
    Dah siap kering sampai rumah suruh anak yang lipat sendiri baju depa.
    Pastu masuk dalam almari masing-masing

    ReplyDelete
  9. fuyoo..ade token..tp rege die mencekik sket..hehehe..kat sini pencuci bju die install sekali ngan mesin basuh..so x payah bwk sabun..heheh

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat