Tuesday, 17 November 2015

ADA GAJAH DIBALIK BATU



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 17/30
Post of the Day: 4/4

SUDAH lebih 6 tahun penulis membeli rumah merpati yang ini dari pemilik seorang kakak ibu tunggal. Bukan apa, penulis tiba-tiba teringat masa penulis membeli rumah lelong ini. Sungguh kasar dan kurang sopan kakak itu, dan penulis pun tidak berpeluang mengenalinya.

Rumah ini pun direnovasinya dengan tidak sempurna. Sekarang masalah mozek lantai yang mula beralun dan jubin dinding dapur yang mula tanggal tampalan simennya. Mungkin juga rumah merpati ini sudah dimakan usia. Pasal lantai dipasang tidak serata dan beralun yang bakal meletup bila-bila masa dibilik tidur utama ini menyebabkan pintu bilik tersekat dan sukar ditutup.

Dan penulis juga teringat pakcik indon kontraktor cekik darah itu yang kata kipas siling cap aiyam yang penulis beli dulu cuma boleh bertahan 6 bulan sahaja, namun sekarang sudah lebih 6 tahun masih bisa berpusing ligat juga.

Nota lalat. Pasal tajuk entri dari lirik lagu Wali Band bertajuk ada gajah dibalik batu, seperti peribahasa melayu ada udang dibalik batu.

♪ ♪ ada yang lagi dekatin aku
aku pura-pura tak tahu
tiap hari nanyain aku
udah makan? udah mandi? udah tidur?
udah udah udah udah nanya melulu ♫ ♫

♪ ♪ ada gajah di balik batu
batunya hilang gajahnya datang
aku tahu maksud dirimu
diam-diam suka padaku ♫ ♫

Blog bukanlah hakmilik kekal.

8 comments:

  1. Biar pun cap ayam..tidak mengapa wak..terkadang orang menilai luaran semata..

    ReplyDelete
  2. HMM GAJAH DIBALIK BATU NAMPAK PUN TERPAKSA BUAT XNAMPAK YA WAK..

    ReplyDelete
  3. Hahahaha...tak tau nak komen apa....tapi memang tahan betul kipas tu wak..jenama apa tu..nak belilah satu ,

    ReplyDelete
  4. Puas saya intai kalau2 ada gajah di sebalik pintu, rupa-rupanya abang Hulk!

    ReplyDelete
  5. gajah di sebalik batu ke hulk di sebalik pintu

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat