Friday, 6 November 2015

RM1.50 PART II



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 6/30
Post of the Day: 1/4

KALAU penulis pergi bertugas memotong rumput dengan memandu kereta naik ikut lebuhraya Akleh dari rumah merpati penulis itu mengambil masa 22 minit. Tetapi bayaran tol hanyalah RM1.50. Kalau ikut Jalan Ampang yang tiada tol tapi macet selepas lebuhraya JLT2 (MRR2), masa perjalanan menjadi 49 minit terhesot-hesot (terhengsot ?) bontot ke bontot baru sampai.

Nota lalat. Nak buat matematik harga minyak sejauh 9 km;
9 km selama 49 minit, tambah 1 minit untuk ambil gambiran odometer diatas. Kelajuan kereta 11 km/j, dan penggunaan minyak petrol adalah 4.4km/liter. Jadi, minyak petrol yang terbakar sejauh 9 kilometer adalah sebanyak RM2.05 x 2 liter, bersamaan RM4.10. Kalau naik bas RapidKL baru RM1.90.

Nota lalat 2. Updated. Kadar tol Akleh naik hari Khamis minggu lepas, dari RM1.50 kepada RM2.50. Kenaikan 60 peratus gitu. Aduhai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

11 comments:

  1. Wak kalau tak nak kena tol kena bangun pagi-pagi katanya muaaahaha ha....

    ReplyDelete
  2. Jap g ada menteri bt sttmnt suh naik beskal....

    Hadoiiii

    ReplyDelete
  3. Kalau camtu wak bangun lah awal pagi boleh elak tol : p

    ReplyDelete
  4. Huhuhu....naik bas dengan segala barang besar2...payah pula nanti.......

    ReplyDelete
  5. Yes,,,bangun awal.pergi kerja sebelum subuh... :(

    ReplyDelete
  6. Wak, saya tak pandai matematik, tak perlu bangun awal jugak sbb x lalu tol nak gi kerja, naik bas rapid pergi balik baru RM1.80...jarak dekat tapi hasapnye time jem...rasa nak jalan kaki balik umah jer.

    ReplyDelete
  7. nape diorang tak cadang jer, nak jimat kita buat sarang kat ofis, dah alang2 duduk pun sangkar merpati kan,
    lainlah burung Wak2 kena buat sarang atas tanah..

    ReplyDelete
  8. lain kali bangun awal sambil sedut udara pagi jalan kaki wak gi ofiz..hahahaha

    ReplyDelete
  9. Naiknya bukan main lagi.. jalanraya tetap macam tu.. :(

    ReplyDelete
  10. Bnyknye kenaikkan, agak2 jln tu ok ade... nasib baik cikna duk kg lalu highway pun kdng2 je...

    ReplyDelete
  11. apa nak buat tol naik harga.. lain lah kalau kereta boleh terbang :P hehehe

    ReplyDelete

wak kaca wak cermin,
Lepas baca harap komen. OTLalat

House Fly