Assalamualaikum kawan-kawan penulis semua-semua lah.
Minggu lepas, anak lanang penulis yang baru mendaftar di universiti Alor Gajah itu telah meminta pengesahan status pekerjaan penulis dan isteri penulis (yang itu) untuk permohonan pinjaman MARA pengajiannya. "Tak boleh pesuruhjaya sumpah bah, misti ketua kampung, atau penghulu saja," katanya.
Dipendekkan cerita, petang itu juga penulis sudah berjumpa dengan ketua kampung tempat penulis bermastautin sekarang. Ketua kampung koboi stail. "Awak dah daftar Majlis Agama Islam? Anak masuk U leh dpt sehibu hinggit! Belum? Tu lah org kita, semuanya kena bagitau, mcm2 menteri besar dah buat projek.." membebel saja ketua kampung itu sambil menghisap rokok yang terjebit diantara dua jari. "Kalo org chayanunalif bole mohon nih mesti dorg dh berduyun2 tungu dpn opis Majlis Agama nak mintak bantuan," ketua kampung mengomel lagi dan lagi sambil menguis-nguis abu pontong rokok bertaburan atas borang-borang atas meja yang penulis bawa. Penulis layan saja.
Semalam penulis sudah selidik laman web Majlis Agama Islam Johor, kesemua borang sudah dimuat-turun. Kesemua salinan dokumen2 penting telah difotostet dan akan disahkan oleh ketua kampung yang sama pagi ini.
Pagi tadi, usai mendapatkan pengesahan ketua kampung itu dirumahnya, penulis pun berlarian pula ke pejabat Majlis Agama Islam di Kompleks Pusat Bandar. Urusan penyerahan permohonan bantuan pendaftaran anak lanang masuk U selesai tak sampai 5 minit. Semoga urusan dipermudahkan. Amin ya robbal alamin.
Nota lalat. Skim bantuan pendaftaran ke IPTA oleh YPJ (Yayasan Pelajaran Johor, gambar diatas) telah ditutup, sebab itu penulis cuba mohon melalui Majlis Agama Islam pula.
Nota carian lalat. Untuk negeri-negeri lain, sila terkam pautan di bawah. Amaran: penulis tidak bertanggungjawab atas kesahihan dan kewujudan pautan tersebut. Sebaik-baiknya, pemohon menghubungi pihak yayasan atau majlis agama dinegeri masing-masing. Wallahualam.
Negeri
Melaka
Negeri Sembilan
Negeri
Selangor
Wilayah Persekutuan
Negeri
Perak
Negeri
Pulau Pinang
Negeri
Kedah
Negeri
Perlis
Negeri
Kelantan
Negeri
Terengganu
Negeri
Pahang
Negeri
Sabah
Negeri
Sarawak
Risda
Angkatan Tentera Malaysia (
ATM)
Info Bantuan Kewangan Lengkap bagi setiap negeri-negeri di Malaysia -
LINK.
Blog bukanlah hakmilik kekal.