Wednesday, 27 September 2017
KENAPA RAMAI TIDAK TAHU WUJUDNYA SKIM BANTUAN PENDAFTARAN KE IPTA (JOHOR SAHAJA) ?
Assalamualaikum kawan-kawan penulis semua-semua lah.
Minggu lepas, anak lanang penulis yang baru mendaftar di universiti Alor Gajah itu telah meminta pengesahan status pekerjaan penulis dan isteri penulis (yang itu) untuk permohonan pinjaman MARA pengajiannya. "Tak boleh pesuruhjaya sumpah bah, misti ketua kampung, atau penghulu saja," katanya.
Dipendekkan cerita, petang itu juga penulis sudah berjumpa dengan ketua kampung tempat penulis bermastautin sekarang. Ketua kampung koboi stail. "Awak dah daftar Majlis Agama Islam? Anak masuk U leh dpt sehibu hinggit! Belum? Tu lah org kita, semuanya kena bagitau, mcm2 menteri besar dah buat projek.." membebel saja ketua kampung itu sambil menghisap rokok yang terjebit diantara dua jari. "Kalo org chayanunalif bole mohon nih mesti dorg dh berduyun2 tungu dpn opis Majlis Agama nak mintak bantuan," ketua kampung mengomel lagi dan lagi sambil menguis-nguis abu pontong rokok bertaburan atas borang-borang atas meja yang penulis bawa. Penulis layan saja.
Semalam penulis sudah selidik laman web Majlis Agama Islam Johor, kesemua borang sudah dimuat-turun. Kesemua salinan dokumen2 penting telah difotostet dan akan disahkan oleh ketua kampung yang sama pagi ini.
Pagi tadi, usai mendapatkan pengesahan ketua kampung itu dirumahnya, penulis pun berlarian pula ke pejabat Majlis Agama Islam di Kompleks Pusat Bandar. Urusan penyerahan permohonan bantuan pendaftaran anak lanang masuk U selesai tak sampai 5 minit. Semoga urusan dipermudahkan. Amin ya robbal alamin.
Nota lalat. Skim bantuan pendaftaran ke IPTA oleh YPJ (Yayasan Pelajaran Johor, gambar diatas) telah ditutup, sebab itu penulis cuba mohon melalui Majlis Agama Islam pula.
Nota carian lalat. Untuk negeri-negeri lain, sila terkam pautan di bawah. Amaran: penulis tidak bertanggungjawab atas kesahihan dan kewujudan pautan tersebut. Sebaik-baiknya, pemohon menghubungi pihak yayasan atau majlis agama dinegeri masing-masing. Wallahualam.
Negeri Melaka
Negeri Sembilan
Negeri Selangor
Wilayah Persekutuan
Negeri Perak
Negeri Pulau Pinang
Negeri Kedah
Negeri Perlis
Negeri Kelantan
Negeri Terengganu
Negeri Pahang
Negeri Sabah
Negeri Sarawak
Risda
Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
Info Bantuan Kewangan Lengkap bagi setiap negeri-negeri di Malaysia - LINK.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
16 comments:
Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.
Majulah Sukan Untuk Negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANAK2 YG NK SAMBUNG BLJR MESTI PEKA TENTANG NI
ReplyDeleteni psl politik, budak2 sekolah manalah amek tau benda2 politik camni., huhu2
Deletewak kalu lahir kat sempadan johor boleh apply x? hahahahaha
ReplyDeletemykad kene ade angka '01' kat tengah2 tu ye., hehe2 tp rasenye negeri lain pon ade gak skim bantuan yg serupa kann., tnyelah ;p
Deleteuntungla lahir di negeri bersultan ni..kalau kolumpo non hado..
ReplyDeletexper cikSal org key ell dh kayo rayo., hehe2 tapi ampang jaya tu kek key ell keeew? waktanyeje
DeleteAmpang tu selangor, tapi ic 14 kolumpo le wak..
Deletexperla cikSal, nnti kalo anak ko dh besar nk masuk U ke ape xyah mohon subsidi BR1M pon xper sbb gaji laki ko dh lebih rm4k., huhu2 aminn
DeleteTahniah Wak lalat and anak luanangnge.
ReplyDeletetimekaseh yo kang WP., this is life
DeleteWak sebenar nya ni ada dah lama ,ketiga2 anak makcik ni semua dpt skim ni masa nk ke ipta.Tapi prosesnya agak lambat lebih kurang 3 bulan baru masuk akaun ,berbanding dengan PIJ....tapi PIJ dah xde bantuan pendidikan lagi.
ReplyDeletetu lar mkcik., PIJ pon wak tak tahu wujud., huhu2
Deletekat johor je ke
ReplyDeletenegeri lain ada jugak., kene tnye kat yayasan n majlis agama islam negeri masing2 ye.,
DeleteUntuk makluman...ic saya kat tengah ada '01'...:)
ReplyDeleteskrg mkcik dh menetap kat mana pulak? hehe2
Delete