Monday, 24 July 2017

BALIK KAMPUNG NAK TENGOK KEBUN

Gunung Pulai view from Kampung Maju Jaya | Jalan Sawah | Johor 2017
Ahad pagi, penulis hantar cikpuan Jnulekasnova ke bengkel servis Mutiara Toyota Plentong. Penulis sebenarnya ada temujanji dengan jurukur untuk menjengah kebun pusaka juga. Tetapi jurukur ada mesyuarat pula, jadi perjumpaan dibuat sebelah petang. Dipendek cerita, penulis pun telah berbincang dan membawa jurukur sehingga ke belakang kebun pusaka. Selepas itu, penulis dan adik lanang yang tinggal di kebun itu juga pergi ke rumah jiran yang tinggal betul-betul dibelakang kebun pusaka.

Usai melawat kebun pusaka, dalam perjalanan pulang di tengahari yang panas terik berdeting, sempat lagi penulis singgah di warung cendol ditepi jalan untuk pekena air ABC biasa. Bila penulis pesan mee bandung, kebetulan tuan punya warung (K) yang penulis kenal dari zaman persekolahan terus menelefon isteri yang tinggal di rumah mereka sepelaung saja dari situ. 5 minit, isteri dengan anak menaiki motorsikal. K punya dua orang kakak, F dan Z. F sekarang mengikut suami tinggal di Gerik Kedah, manakala Z menjadi guru besar di Sekolah Kebangsaan Pontian Besar. Ahh, itu cerita lama, 30 tahun yang lampau. Kalau diingat, luka lama berdarah kembali, luka yang baharu nak letak dimana uoolss. OTL



Nota lalat. Takziah untuk keluarga becik Salina Sapikon kerana kehilangan anak dara beliau dalam kemalangan maut semalam (Jumaat).

Nota lalat. Sempat lagi penulis singgah di kilang pancing dan basikal di pekan Nenas, Shimano, syarikat pertama penulis bertugas. 30 tahun yang lampau, lama tuh. Syarikat yang menghantar penulis membuat latihan kerja di Singapura selama 3 bulan, kemudian ke Osaka, Jepun selama 6 bulan. Bila pulang seminggu dari Jepun, anak lanang yang tua pun lahir.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The surveyor is studying the land title | Jalan Sawah | Johor 2017

The neighbor who is living at the backside is showing the landstone | Jalan Sawah | Johor 2017

Air Batu Campur cocktail | Jalan Sawah | Johor 2017

Mee Bandung Kampung Maju Jaya | Jalan Sawah | Johor 2017

Shimano company | Pekan Nenas | Johor 2017


6 comments:

  1. bila balik kampung jumpa jiran tetangga bertanya khabar kan, smg dipermudahkan segala urusan TL....

    ReplyDelete
  2. aduhla wak, nunjukkn mee bandung lak... pekat likat msti sedap tak terkata tuh kan...

    kilang shimano tu mmg terkenal, ramai org kg dna kerja kt sana

    ReplyDelete
  3. Moga urusan Wak dipermudahkan...ber ABC ya Wak..adui...nikmat..

    ReplyDelete
  4. KENANGAN LANA MEGUSIK JIWA YA WAK...

    ReplyDelete
  5. Cantik pemandangan Gunung Pulai tu.
    Pernak pegi ke Kem Kaizen beberapa kali.

    ReplyDelete
  6. Amboi Wak...cerita pasal skandal lama.. :D

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat