|
Morning breakfast on the go. McD's sausage muffin with egg. |
Pagi Ahad, penulis telah
berlarian ke bandar Kulai untuk urusan
penutupan akaun TNB dan SAJ. Tapi sungguh tidak penulis
sangka,
buah cempedak nak jadi nangka.
Kaunter urusan TNB dan SAJ tidak dibuka hari ini kerana menggantikan
cuti umum semalam sempena
hari pertabalan Agong. Tapi yang
peliknya, kaunter
pejabat Majlis Perbandaran Kulai
tidak bercuti pula hari ini.
Yo wes.
Waktu urusniaga Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kulai:
Ahad - Khamis 9.00 pagi - 4.00 petang
Jumaat & Sabtu / Cuti am - tutup
Waktu urusniaga Syarikat Air Johor (SAJ Ranhill) Kulai:
Ahad - Khamis 8.00 pagi - 4.15 petang
Jumaat & Sabtu / Cuti am - tutup
Apa dah jadi pada surat pekeliling cuti Johor: ??
Apabila Hari Kelepasan jatuh pada Hari Kelepasan Mingguan (Jumaat) atau Hari Kelepasan yang lain, maka hari tersebut digantikan dengan hari bekerja berikutnya dan jika hari yang kemudiannya itu pula merupakan
Hari Kelepasan, maka hari yang berikutnya dijadikan Hari Kelepasan.
Jika Hari Kelepasan Am jatuh pada hari Sabtu ianya tidak diganti dengan hari berikutnya. Pandalela lah.
Kuchiva dengan
urusan yang tidak dapat diselesaikan, penulis
terus pulang ke
kampung untuk menyelesaikan urusan
ukur tanah kebun pula. Seperti yang
dijanjikan, jurukur yang
dilantik pun sudah
tiba yang kemudian diikuti abang, kakak, ipar duai dan adik-beradik penulis. Urusan ukur tanah telah pun
selesai kelmarin dan hari ini acara
menandatangi pelan yang telah
dikemaskini oleh jurukur tersebut.
Alhamdulillah.
Nota
tutup akaun lalat.
Updated. Hari Isnin
noon, penulis telah berlarian ke TNB dan SAJ Kulai sekali lagi. TNB kata duit
deposit akan
transfer ke akaun maybank dalamasa 2
minggu. Penulis arahkan
pemotongan api pada hari Jumaat (15/9). Manakala SAJ pula kata duit
deposit akan dipulang secara
cash dan penulis
kena datang semula ke
kaunter. Aiyah.
Pemotongan akan dibuat dalamasa 3
hari. Belum pun urusan
selesai,
abam kaunter dah panggil pelanggan lain.
Jilake lah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
|
Please come in to TNB Kulai, but the counter is closed today. |
|
The surveyor walking down the small jungle. |
|
Half of the siblings. |
diorg rajin kot wak ;-)
ReplyDeleteYo Wes tu mmg kelako hihi....
ReplyDeleteTanah kalau dah di bahagi mmg senang. Tak payah nak susah susah kan...