Thursday, 4 August 2022

KHAMIS MALAM JUMAAT YANG MENGAH

My cleaned laundry using express service @2022

 Khamis, 4 Agustus 2022.
Jakarta Selatan,  Indonesia.

Kelmarin ejen syarikat lama sudah beritahu.
Wak kena pulangkan komputer riba (laptop) sebab sudah tamat kontrak projek Doha.

Semalam wak sudah beritahu mahu kurier sahaja ke Singapura.
Ejen pun setuju dan lagi mudah katanya.

Sebenarnya laptop DELL itu sekarang diguna pakai oleh anak lanang wak yg cilik.
Sebab laptop HPnya yg lama sudah kaput.
Jadi, bocah cilik sudah merayu2 untuk dibelikan laptop yg baharu.
"Anaknda nak yg gaming laptop saja," taipnya dalam whatsapp.

Bila wak periksa harga laptop untuk gaming itu amatlah mahal.
Tidak sesuai untuk bocil yg sedang belajar di tingkatan 3.
"Yg penting belajar dulu, lepaskan SPM," balas wak.

Lama jugalah dia merayu2.
Akhirnya dia akurlah juga.

Tadi malam juga wak sudah beritahu kandanya yg kerja di KL.
Untuk carikan laptop DELL untuk adindanya.

ANOTHER BATAM TRIP?

Semalam mgr azrEIN sudah beritahu.
Tiba2 boskur mahu wak pergi ke pulau Batam lagi.
Ada tugasan potong rumput atas kapal juga.
Mungkin kali ini lebih lama.
Maka bolehlah wak panjangkan langkah ke pulau Bintan lah gamaknya. Hehe.

INNALILLAHI WAINNALILLAHI RAJIUN

Pagi tadi dikhabarkan dari whatsapp group ex-alumni NAU 84-90.
Rakan satu sekolah sudah kembali ke rahmatullah.
Al-fatihah untuk arwah Ahmad Yani Deraman.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

On Asean MRT Station this morning @2022

Nasi Ayam Penyet (20k, RM6) @2022

Taman Sanjaya, Jaksel @2022


3 comments:

  1. laundry express tu baju bau wangi jer kan wak...bersih tu mungkin tidak..

    ReplyDelete
  2. Bagus anak lanang tu, berani mencuba nasib mintak gaming laptop dari bapaknya ;)

    ReplyDelete
  3. Anak sy pun guna lappy murah2 je. Dia tgh buat diploma uitm. Cukup la brand Huawei..

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat