Saturday, 20 August 2022

PENGALAMAN NAIK BIS KE TANJUNG PRIOK

Senayan pedestrian bridge @2022

 Sabtu, 20 Agustus  2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.

Pagi tadi wak sudah bersiap mahu keluar kost.
Lihat rakan2 sekost dan senegara sudah warm-up mahu berjogging.

Wak pesan Gojek langsung ke halte Senayan (14rb, rm4.21).
Dan masuk ke pelantar bis Senayan langsung naik bis no. 1 ke halte Kota.
Wak guna kad JakLingo yg wak dipaksa beli di Rangunan Zoo kelmarin.

Rupanya di halte terakhir ini wak kekeliruan.

Tapi tetap mahu tukar bis no 12 ke Tanjung Priok.
Turun di halte Sunter Kelapa Gading.
Tanya petugas disitu.
Dan naik bis no 10 ke terminal Tanjung Priok.

Di stesen bas Tanjung Priok.
Sempat wak beli singkong (ubi) dan keledek goreng.
Singkong gorengnya tak sedap dan wak berikan pada pak supir angkot.

Lepak2 sebentar di taman kecil Tanjung Priok.

9.45am naik bis no 10 mahu pulang ke Jakarta Kota.
Tersilap naik bis lagi sampai supir bis hantar ke Jakarta International Stadium.
Tukar bis no JIS3 untuk terus ke halte Harmoni.

Tiba2 wak nak turun di Masjid Istiqlal.
Kena naik bis menuju halte Pecenongan.
Turun halte terus jalan kaki ke masjid.

Solat zohor berjemaah dalam masjid yg  besar  itu.
Hanya berjumpa pintu al-Fattah, yakni pintu pria.
Tidak ketemuan pintu2 al-ghani atau al-mughni.

12.40pm keluar masjid dan lepak makan nasi goreng (15rb, rm4.52).
Dan air kelapa es (8rb, rm2.41).

Usai makan, jalan kaki semula ke halte Pecenongan tadi.
Naik bis no 10 langsung ke halte Harmoni.
Tukar bis no 1 yg menuju Blok M.

Sebelum itu wak sempat top-up kad JakLingo sebanyak 100rb (rm30.10).
Bila wak periksa, baki kad sekarang menjadi 100,500 rupiah sahaja.
Bermaksud wak sudah guna kurang lebih 16rb (rm4.82) untuk perjalanan bis hari ini.

Turun di halte Bundaran Senayan.
Panggil GrabBike untuk terus pulang ke kost (14rb, 4.21).

Kesimpulan lalat.
Pengalaman menaiki bas yg agak mencabar hari ini.
Sistem bas JakLingko yg amat baik.
Tidak perlu bayar guna wang tunai.
Semuanya guna kad JakLingko.
Dan selagi tidak keluar dari pelantar bas kita masih boleh kemana2.
Bas juga agak modern
Pintu keluar masuk yg beraras tinggi bersamaan pelantar halte stasiun bas.
Sebenarnya wak kagum juga dengan kemajuan transportasi disini.
Mantapp.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Tulisan Allah di gereja.
Nak heran tapi ini kan Indonesia @2022
Tulisan Allah di gereja.
Nak heran tapi ini kan Indonesia @2022
Fattah Cartolina was here @2022

3 comments:

  1. Wak tak jenguk kampung halaman datuk nenek wak dahulu

    ReplyDelete
  2. seronoknya..jenjalan... agak murah ye perbelanjaan kat sana...

    ReplyDelete
  3. di Malaysia juga pernah heboh satu ketika dulu bila gereja nak meletakkan nama ALLAH di depan gereja.

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat