Thursday, 11 August 2022

SKYWALK SENAYAN PARK

Skywalk Senayan Park Spark @2022

 Rabu, 10 Agustus 2022.
Jakarta Selatan, Indonesia.

Petang usai kerja potong rumput di kantor.
Wak pun berlarian ke Skywalk Senayan Park.

Dari kantor berjalan kaki ke stesen MRT Asean.
Dan turun di stesen MRT Istora Mandiri.

Wak pesan GrabBike ke Skywalk Senayan Park mall.
Tapi mamat rider membebel tidak mahu pusing jauh untuk ke mall diseberang jalan.
Kebetulan pula disitu ada demonstasi besar2an Buruh, baju merah dan baju biru.
Tapi terjumpa shortcut untuk turunkan wak didepan pintu gerbang.

Bila tanya matguard yg jaga disitu.
Kena naik eskalator 4 lantai.

Sudah tiba dibawah skywalk bridge.
Mamat indon yg jaga disitu tidak benarkan.
"Wak kena tunjuk resit belian 50 ribuan," katanya.
Kena beli atau berbelanja di mall dahulu.

Olehkerana tidak bersedia, wak  ambil 2 3 gambiran sahaja dibawah jambatan.
Masuk waktu maghrib wak terus ke musholla.

Usai solat, wak naik lagi ke atas.
Tapi masih dibawah skywalk.

Penat disitu, wak pun berjalan turun.
Pesan GrabBike untuk pulang ke kost (19k, rm5.72).
Macet ya amat.

Dengan ha-pe pak rider yg kehabisan bateri.
Dengan permasalah sedunia pak rider yg  tiada wak kecil.
Terpaksalah wak minta tukar di restoran Ragil dahulu.

Di restoran Ragil, wak pesan nasi ayam geprek yg pedaslah amat.
Dan es tea dikit gulanya.
Total damage termasuk hidden cost (tax & servis) ialah 53k (rm16) sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Tiktok video lalat:

5 comments:

  1. Di Malaysia rasanya belum ada grabbike kan, wak. Senanglah bergerak kat sana jika ada grabbike sebab wak sorang2.

    ReplyDelete
  2. Rider di sana tak terima e-payment ke Wak?

    ReplyDelete
  3. Wak pun bahasanya udah macam orang sana ya :p

    ReplyDelete
  4. Ma cet tu yang pening kan wak..

    ReplyDelete

Salam. Segala komen2 yang telah disiarkan adalah tanggungjawab penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yg disiarkan. Mana2 komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata2 maki hamun, soalan yg jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen yg berbentuk "speku" akan dipantau dan disantau. Begitu juga dengan unknown profile dan profile tanpa blog. Harak Maklong.

Majulah Sukan Untuk Negara

Waktu Solat (Jakarta)

Lalat Knows Who You Are

Lalat Around The World (Reboot 1.5.21)

Flag Counter

Random Old Lalat